31 January 2015

Tips Atasi Masalah Sembelit Pada Anak

Pasti ramai ibu-ibu yang runsing disebabkan anak-anak yang ada masalah sembelit. Sembelit ini terjadi disebabkan oleh anak kita tak nak makan sayuran, buah buahan maka mereka tak dapat khasiat fiber yang secukupnya dari makanan. Apatah lagi jika anak kita tak suka nak minum air masak, lagi bertambah-tambah masalah sembelit mereka. Apakah fiber sebenarnya?


Apakah ia fiber?

Fiber/Serat adalah satu kumpulan karbohidarat yang tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan akan dikeluarkan dari badan. Fiber ni boleh membantu melancarkan pembuangan kerana menyerap air sepanjang laluan pembuangan dan membuangnya dengan lebih lancar.

Adakah fiber yang boleh membantu anak anda? Ye ada. Mealshakes adalah pilhan terbaik untuk membantu masalah anak sembelit.

Saiz Hidangan Fiber Dalam Mealshake

1/4 cup mealshake : 4 sudu besar: 3 gram fiber

Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber.  Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka. Tapi jangan salah sangka ia adalah satu-satunya perkara yang anda perlu bergantung. Galakkan anak-anak mengambil buah buahan dan sayuran dan jika keadaan tertentu yang mana agak sukar nak kawal makanan kanak-kanak, anda bolehlah bantu mereka dengan memberikan keperluan fiber ini pada mereka.

Jadi cadangannya adalah minimum 4 sudu besar sehari dan tambahan boleh diberi mengikut kesesuaian anak anda. Hanya tambahkan hidangan mealshake jika masalah sembelit tidak berkurang dengan cadangan hidangan tadi. Untuk kanak-kanak bawah 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1 sudu sehari.


Cadangan RDI (recommended daily intake) Pengambilan Fiber

Ibu-ibu boleh rujuk pada carta ini untuk mengetahui cadangan yang sesuai untuk anak-anak mereka.
  • Kanak-Kanak 1-3 tahun: 19 gram fiber setiap hari
  • Kanak-Kanak 4-8 tahun: 25 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 9-13 tahun: 31 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 9-13 tahun: 26 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 14-19 tahun: 38 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 14-19 tahun: 26 gram fiber setiap hari

Cara Bancuh Mealshake Untuk Anak Sembelit

Bancuhkan 4 sudu besar mealshake ke dalam 237 ml air masak atau boleh juga dicampurkan ke dalam bancuhan susu anak-anak. Boleh dibancuh sejuk atau normal, tidak digalakkan bancuh dengan air panas kerana dibimbangi proteinnya akan musnah.

Jika masalah sembelit masih tidak dapat diatasi, berikan anak anda 2 kali sehari sehingga masalah sembelit tiada lagi.
 
Adakah fiber sahaja yang membantu anak-anak anda yang ada masalah sembelit? Tidak. Ini kerana dalam mealshake juga mengandungi MAGNESIUM yang membantu masalah sembelit.

Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam MEALSHAKE :)

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™