31 January 2015

Tips Atasi Masalah Sembelit Pada Anak

Pasti ramai ibu-ibu yang runsing disebabkan anak-anak yang ada masalah sembelit. Sembelit ini terjadi disebabkan oleh anak kita tak nak makan sayuran, buah buahan maka mereka tak dapat khasiat fiber yang secukupnya dari makanan. Apatah lagi jika anak kita tak suka nak minum air masak, lagi bertambah-tambah masalah sembelit mereka. Apakah fiber sebenarnya?


Apakah ia fiber?

Fiber/Serat adalah satu kumpulan karbohidarat yang tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan akan dikeluarkan dari badan. Fiber ni boleh membantu melancarkan pembuangan kerana menyerap air sepanjang laluan pembuangan dan membuangnya dengan lebih lancar.

Adakah fiber yang boleh membantu anak anda? Ye ada. Mealshakes adalah pilhan terbaik untuk membantu masalah anak sembelit.

Saiz Hidangan Fiber Dalam Mealshake

1/4 cup mealshake : 4 sudu besar: 3 gram fiber

Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber.  Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka. Tapi jangan salah sangka ia adalah satu-satunya perkara yang anda perlu bergantung. Galakkan anak-anak mengambil buah buahan dan sayuran dan jika keadaan tertentu yang mana agak sukar nak kawal makanan kanak-kanak, anda bolehlah bantu mereka dengan memberikan keperluan fiber ini pada mereka.

Jadi cadangannya adalah minimum 4 sudu besar sehari dan tambahan boleh diberi mengikut kesesuaian anak anda. Hanya tambahkan hidangan mealshake jika masalah sembelit tidak berkurang dengan cadangan hidangan tadi. Untuk kanak-kanak bawah 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1 sudu sehari.


Cadangan RDI (recommended daily intake) Pengambilan Fiber

Ibu-ibu boleh rujuk pada carta ini untuk mengetahui cadangan yang sesuai untuk anak-anak mereka.
  • Kanak-Kanak 1-3 tahun: 19 gram fiber setiap hari
  • Kanak-Kanak 4-8 tahun: 25 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 9-13 tahun: 31 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 9-13 tahun: 26 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 14-19 tahun: 38 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 14-19 tahun: 26 gram fiber setiap hari

Cara Bancuh Mealshake Untuk Anak Sembelit

Bancuhkan 4 sudu besar mealshake ke dalam 237 ml air masak atau boleh juga dicampurkan ke dalam bancuhan susu anak-anak. Boleh dibancuh sejuk atau normal, tidak digalakkan bancuh dengan air panas kerana dibimbangi proteinnya akan musnah.

Jika masalah sembelit masih tidak dapat diatasi, berikan anak anda 2 kali sehari sehingga masalah sembelit tiada lagi.
 
Adakah fiber sahaja yang membantu anak-anak anda yang ada masalah sembelit? Tidak. Ini kerana dalam mealshake juga mengandungi MAGNESIUM yang membantu masalah sembelit.

Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam MEALSHAKE :)

5 Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-Kanak

Ibu-ibu senang tak nak bagi anak makan Omega Guard? 

Anak saya, Amani dan Ammar senang je nak makan omega ni. Untuk si Kakak dia suka gigit dan hisap sendiri. Mudah nak suruh makan omega. Kalau si adik pula saya picitkan pada sudu dahulu, baru bagi si Ammar makan. Alhamdulillah.. Dua-dua anak saya mudah nak makan omega.

Erm.. pada ibu-ibu yang ada masalah nak berikan omega pada anak tu boleh lah cuba cara makan seperti di bawah ye. InsyaAllah mesti ada yang sesuai untuk anak anda.


Cara Makan 1: Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak

Cara Makan 2: Boleh dikunyah begitu sahaja. Kapsul adalah lembut dan selamat di makan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.

Cara Makan 3: Dipicit dengan jarum, minyak ikan dicampur dalam makanan dan minuman kegemaran.

Cara Makan 4: Dipicit dengan jarum, minyak ikan di letak pada sudu dan diberi pada anak seperti ubat.

Cara Makan 5: Ditelan begitu sahaja, untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.

Ramai ibu bapa yang telah mencuba Omega Guard untuk anak mereka dan nampak perubahan. Jika ibu-ibu masih perlukan nasihat dan ingin membeli omega untuk anak anda, boleh hubungi saya ya.. :)

Klik sini "Omega Guard" untuk tahu kelebihan omega guard yang superb ni..

30 January 2015

8 Jenis Makanan yang Sama Khasiat dengan 2 Tablet Vitalea untuk Kanak-Kanak


vitalea for kids
Vitalea untuk kanak-kanak

Anda ingin tahun apa 8 Jenis Makanan yang Sama Khasiat dengan 2 Tablet Vitalea untuk Kanak-Kanak?

Okay mari saya nak cerita pada anda. Untuk mendapat nutrien yang sama dengan pil dalam gambar tu (vitalea untuk kanak- kanak), anak kita perlu mengambil
  • 1.5 cawan tembikai
  • 6 oz oren jus
  • 8 oz gelas susu
  • 10 sudu besar mentega kacang
  • 4 cawan brokoli
  • 1.5 cawan bayam
  • 6.5 cawan tauge
  • 3 cawan kacang merah

Hmm, itu dia 8 jenis makanan yang sama khasiat dengan 2 tablet vitalea untuk kanak-kanak. Untuk bullet point 3 yang atas tu insyaAllah si kakak Amani boleh habiskan, tapi yang brokoli, bayam, tauge dan kacang merah tu saya tak dapat nak paksa. Tembikai pun belum tentu habis 1.5 cawan.. hii. Amani anak saya memang tak makan sayur buah hatta seurat bawang pun kalau dia jumpa dia boleh tak jadi makan.

Sebab tu saya berikan dia 1-2biji Vitalea untuk kanak-kanak pada Amani. Saya nak berikan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga percaya semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Betul kan? :)
Vitalea untuk kanak-kanak yang baru ni sedap sangat. Saya pun telan sekali. boleh buat macam gula gula. Tapi ini tiada perasa dan pemanis tiruan dan pengawet tambahan juga tanpa gluten. Okay nanti saya sambung lagi cerita pasal vitalea ni ye..

29 January 2015

Pengedar Shaklee Terbaik Anda!

Assalammualaikum..

Sally- Pengedar Sah Shaklee anda!
Sally- Pengedar Sah Shaklee anda!
Kehidupan kita seharian memang menuntut kita untuk sentiasa sihat dan cergas kan?? Jika sehari kita jatuh sakit, banyak perkara yang sukar untuk kita uruskan..

Masalahnya kini, kita sangat sibuk dengan tugas harian yang boleh menyebabkan kita keletihan, stress dan akhirnya membawa kepada kehidupan yang kurang sihat.

Tambahan lagi kepada ibu-ibu yang bekerja.. Pasti masa yang digunakan untuk menyediakan makanan berkhasiat agak terhad. Mungkin ada yang terpaksa beli makanan siap sahaja untuk keluarga.. erm.. bagaimana dengan keperluan badan kita? Adakah nutrisi badan kita cukup untuk hadapi aktiviti seharian kita? Mencegah lebih baik dari merawat.. Betul tak? :)

Saya Saliza, lebih mesra dipanggil Sally.. saya adalah pengedar sah shaklee anda.. Jika anda sedang mencari suplimen untuk kesihatan anda, sila hubungi saya di 012-2979869. boleh berjumpa untuk penghataran produk jika berada di kawasan seremban atau senawang.. Dan setiap hari (Weekdays) saya boleh pos kepada anda yang di luar kawasan.

Sally- Pengedar Sah Shaklee anda!
Jom sertai empayar shaklee kami!
"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Jom sertai Empayar SMESR Success.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

7 Tips Menurunkan Berat Badan

Anda nak kurus secara semulajadi?? Jom cuba amalkan tips yang simple ni.. 

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini.
  7. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.


haa.. walaupun nampak simpl tapi susah nak konsisten untuk diamalkan.. Apa-apa pun kita perlu ada "will power" yang tinggi untuk kurus secara semulajadi.. Shaklee ada menyediakan suplimen untuk bantu anda turun berat badan. Kalau lah anda amalkan tips di atas tu dan ditambah dengan suplimen semulajadi untuk bantu naikkan metabolism, naikkan kadar pembakaran dan penyingkiran lemak, pasti anda akan dapat kurus sehingga capai berat badan idaman anda.. :)

Saya pun kurus dengan mengamalkan set kurus shaklee tau.. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu.. Nak tahu set kurus shaklee?? jom klik sini.. Kurus dengan vitamin shaklee..

25 January 2015

50 Cara Untuk Merangsang Anak Kecil Anda

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Kit sebagai ibu tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang anak kita. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah KITA sendiri. 

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 

Jom amalkan 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.


1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.


6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.



7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.



11-SENTUH DAN RASA

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.


12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.


13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.


14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.


16-BACA BUKU

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.


17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


18-JANGAN LUPA REHAT

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.



20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.


22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.


23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.


24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.


25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.


26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.



27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.


28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.


30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.


32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.


33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.


34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")


35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.


36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.


37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .


38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.


39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.


40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.


41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.



42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.


43-AJAR TENTANG ISIPADU

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.


44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.


45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.


46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.


48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.


49-MAIN "TIRU-MENIRU"

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermanafaat! JOM SHARE untuk sahabat2 kita yang lain.

Sumber: IdhamLim

23 January 2015

Bagaimana Atasi Masalah Anak Mengamuk (tantrum)?

Pernah tak mommy semua hadapi masalah anak mengamuk (tantrum)? 


Saya dah banyak kali alaminya. ;) haha.. normal lah bila ada anak kecil..

Semalam ammar mengamuk sakan.. hampir sejam menangis dengan kuat. Dipujuk pun tak mau juga diamnya.. pada mulanya saya rasa nak marah je.. tapi bila teringat tentang ragam anak-anak memang begitu jadi saya lebih bersabar. 

Saya cuba peluk Ammar tapi dia meronta.. Saya nak dokong, dia lembikkan badan.. bila dah tak tahu nak buat apa, saya biarkan sahaja dia menangis dan saya mula buat kerja rumah.. Ammar masih menangis.. Tapi yang buat saya tersenyum bila Ammar tetap ikut ke mana sahaja saya pergi walaupun dia sedang menangis. 

Nampak sangat sebenarnya Ammar inginkan perhatian dan mungkin juga dia dah mengantuk. Bila dah hampir 1 jam tu baru lah Ammar dengan sendiri nya berhenti mengamuk. Alhamdulillah.. 

So, saya pun carilah info untuk 'refresh' balik tentang tantrum ni.. saya kongsikan dengan mommy semua ya..

Anak mengamuk
Anak Tantrum

Kenali Apa Itu Tantrum

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:
  1. Kanak-kanak tidak cukup tidur.
  2. Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
  3. Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
  4. Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
  5. Emosi tidak tenteram (sering negatif).
  6. Mudah marah dan mudah menangis.
  7. Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun

  • ·Menangis
  • ·Menggigit
  • ·Memukul
  • ·Menendang
  • ·Menjerit
  • ·Memekik-mekik
  • ·Menghempaskan badan ke lantai
  • ·Memukul-mukulkan tangannya
  • ·Menahan nafas
  • ·Menghentakkan kepala
  • ·Melemparkan barang
  • ·Menyangkung
  • ·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun

  • ·Perilaku tersebut diatas
  • ·Menghentakkan kaki
  • ·Berteriak
  • ·Meninju
  • ·Membantingkan pintu
  • ·Mengkritik
  • ·Merengek

Usia 5 tahun keatas

  • ·Perilaku-perilaku tersebut diatas
  • ·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
  • ·Menyumpah
  • ·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
  • ·Mengkritik diri sendiri
  • ·Memecahkan barang dengan sengaja
  • ·Mengancam
  • ·Merungut
  • ·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.
anak tantrum
Anak Mengamuk

Apakah faktor penyebab tantrum?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang

Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan

Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad

Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4)Asuhan Ibubapa

  1. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
  2. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
  3. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk si anak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.


6) Anak sedang stress

Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia

Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

Bagaimana cara atasi anak tantrum?

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
  1. pegang dia seperti dalam gambar ini.
  2. bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
  3. baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
  4. tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
  5. JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Semoga kita semua akan lebih bersabar dengan ragam anak-anak. InsyaAllah..

21 January 2015

6 RAHSIA PEMAKANAN UNTUK OTAK YG CERDAS

Ibu-ibu mesti nak anak yang punyai otak yang cerdas kan? Jom kita tenguk apakah rahsia pemakanan ilmuwan Islam.

1) Madu 

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis 

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar 

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur 

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia 

Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima 

Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: 
“Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

20 January 2015

8 TIPS Tidurkan Bayi Anda

ISH.. Jam dah pun menunjukkan angka 12 mlm.. tapi si comel masih juga belum tidur.. macam2 ragamnya.. macam mana nak buat ni?? Jom ikut tips di bawah ni.. :)

(。◕‿◕。) Riba bayi

Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

(。◕‿◕。) Dodoikan anak

Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.


(。◕‿◕。) Dukung Pada Bahu

Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

(。◕‿◕。) Dukung Muka Ke Bawah

Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

(。◕‿◕。) Tepuk Bayi

Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

(。◕‿◕。) Makanan Awal

Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur. (hanya untuk bayi 6bulan ke atas)

(。◕‿◕。) Urutan Pada Bayi

Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

(。◕‿◕。) Bentuk Pola Tidur Pada Bayi

Bentuklah pola tidur bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ajar dia tidur ditempatnya, padamkan lampu dan biarkan lampu samar-samar (lampu tidur) sahaja yang menyala...dengan cara ini anda mudah menidurkan bayi anda...masuk je dalam bilik, letak kat katil dia, padamkan lampu dan secara automatik matanya akan lelap.

19 January 2015

10 TANDA ANAK ANDA BIJAK

Nak tahu 10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak?

1. Mengekalkan Maklumat

Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak. Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

18 January 2015

5 TIPS GALAKKAN ANAK-ANAK MENGGOSOK GIGI

Salam..
hari ni rasa nak share tips merajinkan anak-anak gosok gigi..mereka ni kalau tidak dipupuk masa kecil memang susah la nak amalkan.. diharap dapat membantu kaum ibu bapa dalam menerapkan amalan gosok gigi di kalangan kanak-kanak..
Jom amalkan..

1) Ajar anak cara yang betul 

Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka. Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga i dia berusia enam tahun. Pun begitu, anda boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya  tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi  rutin hariannya selepas makan.
Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun yang dilengkapi berus yang lembut dan bahagian pemegang yang besar. Pilihlah ubat gigi yang diformulasikan khas tanpa fluorida untuk gigi susu dan tanpa gula. Perisa buah-buahan yang harum serta berus gigi yang berwarna-warni dengan gambar watak animasi kesukaannya akan memberikan keseronokan dan keterujaan untuk memberus gigi.

2) Berikan kebebasan memilih 

Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.

3) Beruslah bersama-sama 

Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.

4) Bawanya berjumpa doktor gigi 

Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

5) Ciptakan lagu istimewa 

Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
Sumber: Majalah Pa&Ma Oktober 2012

15 January 2015

10 Sebab Meal Shakes Terbaik untuk Anak Anda

Bagi ibu bapa yang sudah pernah berikan anak-anak mereka Mealshake pasti tahu betapa sedapnya rasa Mealshake itu. betul tak? Anak saya memang sangat suka dengan Mealshakes. Setiap hari saya akan berikan mereka Mealshake mengikut kuantiti yang sesuai dengan umur mereka.
Kenapa kita perlu berikan Mealshake pada anak-anak kita? Ha.. Ada banyak sebab tau.. cuma kalini saya nak kongsikan..

10 Sebab Mengapa Mealshakes adalah yang terbaik untuk anak anda

Untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, anak kecil memerlukan perhatian yang rapi dan sepenuhnya  dari ibu bapa. Pemakanan yang seimbang dan sihat serta cara hidup yang sihat sangat-sangat diperlukan dalam tempoh pembesaran mereka. Jika tersalah langkah ini boleh menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan mereka terbantut. Maka, Shaklee telah menyediakan Meal Shakes untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka. Nutritionist Shaklee telah membongkar 10 sebab mengapa Meal Shakes beri lebih daripada apa yang anak anda perlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

1. Karbohidrat

Mempunyai Glisemik Indeks yang rendah di mana gula dibekalkan sedikit demi sedik untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. 

2. Protein

Lengkap dengan 9 amino acids yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.

3. Vitamin A, C, E

Vitamin A, C dan E merupakan vitamin antioksidan yang mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan. 

4. Serat

Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit. 

5. Vitamin B

Meningkatkan fokus dan perhatian serta memelihara sistem saraf. 

6. Sodium dan Magnesium

Memberi keseimbangan kepada cecair dalam badan dan kurang rasa letih.

7. Vitamin C

Memberi kesihatan kepada gusi, gigi dan kulit dan menentang infeksi kuman. 

8. Vitamin A

Vitamin A sangat bagus untuk kesihatan mata. 

9. Calcium dan Vitamin D

Memberi kesihatan dan perkembangan tulang.

10. Iron dan B12

Sangat diperlukan untuk pembinaan sel-sel darah merah.
Meal Shakes adalah pilihan terbaik untuk anak anda. Ia mengandungi 19 vitamin dan mineral yang diperluka, 9 asid amino perlu, sumber terbaik untuk fiber dan protein, kaya dengan kalsium dan mempunyai glisemik index yang rendah. Meal Shakes sangat ideal dijadikan sebagai nutrisi asas untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™