13 January 2015

Bila Masa Sesuai Untuk Ambil Vitamin?

Bagi anda yang baru untuk memulakan pengambilan vitamin atau set Shaklee ni pasti tertanya2 cara pengambilan dan pantang larang untuk vitamin Shaklee ini. Di sini saya just nak bagi sedikit panduan pengambilan vitamin ini sebagai rujukan.

Berikut adalah masa yang sesuai untuk makan vitamin.

  1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
  2. Vitamin sustained released sangat sesuai diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.
  3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama -sama untuk penyerapan optimum.
  4. Vitamin larut dalam air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan makanan berlemak/berminyak.
  5. Vitamin larut lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
  6. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  7. Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak yang lain.
  8. Zinc : Diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™