4 January 2015

3 Tips Merangsang Minda Anak

Kanak-kanak di bawah usia enam tahun mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Apa sahaja yang dipandang ingin disentuh dan seterusnya dicungkil bagi memenuhi minat ingin tahu yang bersesuaian dengan usia mereka.

Jangan cepat naik angin apabila berhadapan dengan anak-anak yang suka bertanya. Sebenarnya mereka sedang merangsang perkembangan otak yang cerdas untuk berfikir. Anda seharusnya memainkan peranan membantu anak-anak terus kreatif berfikir.


Berikut, 3 Tips yang boleh anda lakukan untuk merangsang daya fikir serta kreativiti anak-anak anda.

1. Bawa Mereka Melancong / Bersiar-siar
Membawa mereka melawat tempat-tempat menarik dengan tujuan memberi pendedahan berbeza. Dengan cara ini, fikiran anak-anak lebih terbuka, minda lebih terangsang dan pendedahan yang luas lebih memberikan pengalaman kepada mereka.

2. Berikan Bahan Bacaan 
Pembacaan bahan bacaan tidak pernah gagal memberikan pelbagai info dan maklumat berguna. Selain membacakan untuk anak-anak, sesekali biarkan mereka membaca sendiri bahan bacaan yang mereka minat (dengan bantuan ibu bapa).

3. Beri Perhatian Dan Jawab Soalan Mereka 
Beri perhatian jika anak-anak bertanya soalan kerana ini dapat membantu membentuk keyakinan diri mereka untuk bertanya jika tidak faham sesuatu perkara. Kerap berbual dengan anak juga boleh menggalakkan rangsangan kepada mindanya. Ini kerana pada usia bawah enam tahun, otak kanak-kanak mampu menampung segala maklumat yang diterima dan dipelajari.

Usah pandang rendah pada daya intelektual anak-anak. Mereka seharusnya diberikan dorongan dan rangsangan dan bukan dikawal dan dihalang. Sekiranya kanak-kanak terus diberikan galakan meneruskan minat mereka, kanak-kanak ini akan lebih cepat mencapai tahap perkembangan masing-masing.

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™