skip to main |
skip to sidebar
Salam..
hari ni rasa nak share tips merajinkan anak-anak gosok gigi..mereka ni kalau tidak dipupuk masa kecil memang susah la nak amalkan.. diharap dapat membantu kaum ibu bapa dalam menerapkan amalan gosok gigi di kalangan kanak-kanak..
Jom amalkan..
1) Ajar anak cara yang betul
Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka. Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga i dia berusia enam tahun. Pun begitu, anda boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan.
Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun yang dilengkapi berus yang lembut dan bahagian pemegang yang besar. Pilihlah ubat gigi yang diformulasikan khas tanpa fluorida untuk gigi susu dan tanpa gula. Perisa buah-buahan yang harum serta berus gigi yang berwarna-warni dengan gambar watak animasi kesukaannya akan memberikan keseronokan dan keterujaan untuk memberus gigi.
2) Berikan kebebasan memilih
Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.
3) Beruslah bersama-sama
Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.
4) Bawanya berjumpa doktor gigi
Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
5) Ciptakan lagu istimewa
Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
Sumber: Majalah Pa&Ma Oktober 2012
THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™
Post a Comment