29 November 2014

VItamin Shaklee Untuk Tangan Kebas

Pernahkah anda terbangun malam atau awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi akibat rasa tidak selesa atau kebas pada bahagian tangan? Anda akan mengoyang-goyangkan tangan sehingga rasa kebas ini berkurangan? Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis? Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.

Dalam kes-kes yang kronik, otot pada pangkal ibu jari akan mengecut (thenar muscle atrophy’) and kekuatan ibu jari juga akan merosot (abductor muscle weakness). Ini menyebabkan pesakit mungkin mengalami masalah untuk menggunakan tangan di mana sudu, garpu, senduk dan sebagainya jatuh semasa pesakit menggunakannya.

Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri.


Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
  • Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.
  • Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.
  • Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.
  • Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
  • Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.
 
7 Punca Kebas Tangan
  • Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dos!
  • Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  • Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
  • Pergelangan tangan kita pernah cedera.
  • Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
  • Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
  • Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
  1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
  5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.

Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin.
Jom kita tengok antara cadangan vitamin untuk tangan kebas ini...
  1. B Complex ~ kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Dan yang paling penting ianya bukan diperbuat daripada tar jalan raya seperti vitamin B Complex sintetik yang banyak terdapat di pasaran.
  2. Omega Guard ~ Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal. Minyak ikan Shaklee diekstrak daripada isi ikan dan bukannya daripada hati (liver). Hati adalah tempat pemprosesan segala bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan sumber minyak ikan yang selamat.
  3. Ostematrix ~ Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi.
Selain daripada itu gabungan set ini ia mampu mengatasi stress, mengurangkan masalah darah tinggi, membantu tidur yang lebih lena, mengurangkan lenguh-lenguh pada badan, mendapat kulit yang lebih cantik, serta mengelakkan masalah sembelit yang dialami. 


SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
 

28 November 2014

Masalah Kebas: Jangan Ambil Mudah!

Kebas adalah perkara yang biasa kita alami.. Tapi kalau makin lama makin teruk ia adalah perkara berbahaya yang perlu kita ambil perhatian. 

Bagaimana kebas boleh terjadi?
Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

Tindakan Kendiri
  • Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
  • Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
    • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
    • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota, susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
  • Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya  keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.

Diagnosa / Rawatan Kebas
  • Doktor akan menemuduga, membuat pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian- ujian mengikut keperluan bagi membantu dalam membuat diagnosa.
  • Rasa kebas boleh hilang atau sekurang-kurangnya boleh dihalang untuk menjadi bertambah teruk setelah menerima rawatan khusus untuk penyakit yang menyebabkan rasa kebas terjadi.
  • Kebas yang merebak secara mendadak perlu mendapat perhatian doktor
  • Kebas yang diikuti dengan lemah anggota atau lumpuh hendaklah dirawat oleh doktor dengan segera

27 November 2014

Ape itu Antioksida??

Kita selalu je dengar perkataan antioksida.. tapi masih ramai lagi yang tak tahu apa itu antioksida.. jom saya kongsikan info tersebut.

Apakah itu antioksida?
Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.


Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.


 
Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.


Di manakah antioksida boleh ditemui?
Badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia kita meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran. Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E


Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:
  1. Beta karotena
    Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Ia lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.
  2. Lutein
    Lutein sering kali dikaitkan dengan mata yang sihat. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.
  3. Likopena (Lycopene)
    Likopena adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.
  4. Selenium
    Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Di kebanyakan negara, tumbuhan makanan seperti nasi dan gandum merupakan sumber utama. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.
  5. Vitamin C
    Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
  6. Vitamin E
    Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.


Apakah faedah serta kebaikan antioksida?
Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida mungkin boleh menggalakkan kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menambah baik kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya. Oleh yang demikian:
  • Makanlah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang berpatutan daripada bergantung kepada pemakanan tambahan dengan beberapa antioksida.
  • Lakukan senaman bersesuaian dan makan diet yang seimbang melalui lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk membekalkan komponen yang diperlukan serta membantu badan kita untuk membina sistem antioksida secara semula jadi. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk memastikan pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi.
  • Bahan-bahan lain yang terdapat dalam sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Sebelum mengambil sebarang pemakanan tambahan antioksida, pastikan risiko serta faedah yang bakal diperolehi.
  • Bagi sesetengah antioksida, kepekatan yang tinggi boleh memberikan kesan toksik, maka elakkan mengambil suplemen secara berlebihan.
Nak dapatkan sumber nutrisi yang mengandungi antioksida terbaik & dengan lebih mudah? Jom cuba suplimen shaklee..  :)
  Sumber: myhealthy.gov.my

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang

POS ke seluruh Malaysia
 

25 November 2014

Bahaya Kemiskinan dari Syeikh Yusuf AL-Qaradhawi

Dari buku Musykilatul Faqri wa kaifa Aalajahal Islam beliau berkongsi 5 bahaya kemiskinan.

Pertama bahaya terhadap akidah.
Kemiskinan boleh boleh membuat manusia ragu kepada keadilan Allah swt. Rasulullah saw juga mengajarkan kita doa memohon pelindungan dari kemiskinan. Ramai orang harus sedar perkara demikian.

Kedua bahaya terhadap etika dan akhlak.

Ketiga bahaya terhadap pemikiran.
Ramai orang di himpit dengan kemiskinan susah nak berfikiran positif.

Keempat bahaya terhadap rumah tangga.
Sering kita dengar ramai orang bercerai kerana tidak mampu memikul tanggungjawab ekonomi selesai berkahwin. Dewasa ini ramai membuat pinjamam untuk berkahwin akhirnya gugur di tengah jalan.

Kelima bahaya pada masyarakat.
Bahaya kemiskinan akan mendekatkan mereka ke kekufuran kata Pak habib di University of life. 

Sangat bagus untuk kita tahu kenapa kita perlu keluar dari kemiskinan. 9/10 rezeki dari perniagaan. Hidup bermula apabila anda keluar dari Zone selesa.

Jangan sekali takut gagal kerana gagal ialah resipi kejayaan. Dengan ilmu anda akan mengurangkan risiko kegagalan.

Kita kena design kehidupan dan kejayaan. Allah swt mengikut sangkaan hambanya.

Jom jana pendapatan dengan Shaklee.. Klik sini untuk info lanjut ya.. Biz Shaklee

Vitamin A Sangat Penting untuk Mata

Anda ada masalah rabun? Kalau dah rabun mesti la kena pakai spek kan?? Erm.. Ada beberapa pelanggan saya yang sangat menjaga kesihatan mata mereka. dan ada juga yang memang sudah rbun dan ingin mendapatkan suplimen untuk mengelakkan mata mereka dari semakin rabu. So, apa yang kita perlukan untuk mengatasi masalah rabun ini? Jom baca..

APAKAH CAROTENOID
Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.


FUNGSI DAN KEBAIKAN CAROTENOID
  1.     Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
  2.     Sumber Vitamin A terbaik
  3.     Meningkatkan sistem imunisasi
  4.     Membetulkan fungsi organ tubuh

FUNGSI LAIN CAROTENOID
  • Mencegah kanser
  • Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
  • Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
  • Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
  • Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
  • Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
  • Membina semula sel-sel yang rosak.
  • Melindungi dari rabun malam
  • Menjaga kesihatan mata.
  • Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
  • Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

TANDA-TANDA KEKURANGAN
  • Masalah jerawat
  • Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
  • Tumbesaran terencat
  • Masalah tidur dan insomnia
  • Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
  • Masalah rabun malam.
CarotoMax dengan formula yang diperbaharui ini mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak daripada rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti rumpai laut, tomato bukan GMO, biji anggur (grape seeds) brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll.


 6 JENIS CAROTENOID TERSEBUT ADALAH:
  • Alpha Carotene & Beta Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, memperbaiki kulit dan mempercepat pemulihan luka, mempertingkat sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopene - Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ, untuk serviks yang sihat, kesihatan jantung dan sistem imun, serta mengurangkan risiko mendapat penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin - Untuk melindungi kerosakan akibat proses pengoksidaan kolesterol LDL.
  • Lutein - Untuk menyekat katarak, glaukoma dan penyakit makular berkaitan umur.
  • Zeaxanthin - Untuk melindungi mata, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.
 

PERBEZAAN VITAMIN A DGN CAROTOMAX SHAKLEE
Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian atau pun Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 

Carotomax shaklee berbeza dari yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan




Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

24 November 2014

Bagaimana Mengetahui Diri Anda Mengandung?

Assalammualaikum.. Harini saya dapat berita gembira dari kakak saya yang beliau dah mengandung anak ke 4. Semoga Allah memakbulkan doa beliau. Mesti gembira bila kita tahu kita dah mengandung kan? So, jom kita baca apa tanda-tanda awal kehamilan.....

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil.Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil,sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperature tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

Jom dapatkan vitamin shaklee untuk ibu mengandung.. Klik Vitamin Ibu Mengandung untuk info lanjut.

kredit: http://www.momschoice.com.my

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

23 November 2014

Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Asma

Penyakit asthma atau biasa yang kita panggil lelah adalah merupakan penyakit neurologi. Hal ini adalah kerana apabila pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan laluan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar bersenam.

Gejala utama (cardinan symptom) asthma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk kadangkala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Pada kebiasaannya, pelbaga tanda seringkali dengan permulaan pantas dan perubahan cuaca persekitaran. Gejala menjadi semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas.

Penyebab Serangan Asma
  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), bintang peliharaan terutama yang berbulu seperti kucing
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin atau ubat seumpamanya

Siapa yang berisiko menghidap Asma?

Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.

Cadangan Suplimen untuk Merawat Asma

Omega guard membantu meningkatkan sistem imun, menyihatkan dan menguatkan paru-paru, membaiki alahan kulit,  dan penyakit lelah.

Omega Guard (Asid lemak Omega-3) Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo. Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3. Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

Vitamin C Membantu meningkatkan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit , asthma.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.

Nutriferon - Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.
Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Testimoni
Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 

Segmen Blogwalking Sampai Penat

Assalammualaikum.. Ini 1st time saya join segment yg blogger buat.. hehehe.. Niat nak kenal2 anatara blogger.. Jom kita saling kenal mengenali.. Online saje.. ;)

http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/segmen-blogwalking-sampai-penat.html 

Tarikh tamat 30 Nov 2014

22 November 2014

Bahaya Penyakit Asma Kepada Kanak-Kanak

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

  Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
  •     Merah.
  •     Bengkak.
  •     Menghasilkan lendir berlebihan.
  •     Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas. Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:
  •     Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  •     Merokok.
  •     Perubahan cuaca.
  •     Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  •     Senaman.
  •     Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  •     Makanan dan perasa tambahan makanan.
  •     Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  •     Emosi.
  •     Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

Apakah gejala asma?

Gejala utama adalah:
  •     Batuk.
  •     Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  •     Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  •     Susah bernafas.

Apakah tanda-tanda asma?
  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.

Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
  • Nafas berbunyi (Audible wheeze).
  • Susah untuk menghembus nafas (breath out).
  • Nafas laju.
  • Denyutan jantung cepat.

 Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
  • Kelihatan gelisah.
  • Letih lesu.
  • Bimbang.
  • Kulit berpeluh dan sejuk.
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).

Sasaran rawatan
  • Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma.
  • Mengelak serangan asma.
  • Mempunyai kualiti hidup yang baik.
  • Berupaya menyertai acara sukan.
  • Menghalang kemusnahan tisu paru-paru.
  • Mengelakkan kematian.

Apakah jenis rawatan asma?

Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Ubat Pencegah : Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan. 
  2. Ubat Pelega : Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
  3. Ubat kawalan : Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?
  •     Elakkan faktor pencetus asma.
  •     Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
  •     Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
  •     Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
  •     Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
  •     Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.

Bolehkah asma disembuhkan?
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.

Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Apakah supplimen shaklee yang boleh bantu masalah asma?

Ada beberapa produk shaklee yang sangat bagus untuk mengawal penyakit asma daripada kerap menyerang. dan tak dinafikan lagi ada juga pesakit yang telah bebas dari asma sejak mengamalkan produk shaklee.. Diantara produk yang sesuai untuk asma adalah seperti Omega Guard, Vitamin C dan juga Nutriferon. Jom baca selanjutnya di sini. Asma


sumber: myhealth.gov 

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 

ESP tu Apa?? dan untuk Siapa??

Memang tak nafikan kalau dah jatuh hati dengan produk Shaklee.. Pasti kita akan berbesar hati untuk berkongi kan? Jom tengok video ni




Berminat?? Contact je kat no dalam video tu.. ;)

saliza
012 297 9869

21 November 2014

Anda Suka Makan Produk Shaklee?? Jom Jadi Ahli!!

Anda dah makan Shaklee dan Alhamdulillah, anda sangat puas hati dengan ‘hasil’ yang anda dapat?

Adakah anda berminat nak teruskan makan Shaklee dan membuat belian seterusnya dengan harga ahli yang jauh lagi murah daripada harga retail?

Atau…

Adakah anda berminat untuk untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan disamping menjana pendapatan sampingan yang lumayan?



Terdapat banyak pertanyaan tentang keahlian shaklee.. Jom saya kongsikan apa yang patut anda tahu.

1. Betul ke Yuran Pendaftaran Hanya RM65 Dan Untuk Seumur Hidup?
Betul! Yuran untuk jadi ahli Shaklee memang tak masuk akal. Hanya RM65 untuk seumur (+RM10 / RM20  untuk kos penghantaran ‘Member Kit’). Tiada yuran tahunan mahupun yuran bulanan.

Anda bayar sekali saja, dan boleh terus buat membeli produk Shaklee dengan harga ahli sampai bila-bila. Kalau anda buat bisnes dengan Shaklee, modal anda hanyalah RM65 tersebut.

2. Saya Kena Maintain Berapa Point Setiap Bulan?
Dengan Shaklee, anda tak perlu pun nak susah payah maintain point setiap bulan. Nak beli barang setiap 2-3 bulan sekali pun takde masalah. Keahliah anda akan tetap aktif.

3. Macam Mana Nak Beli Barang Nanti?
Anda tak perlu susah payah ke branch Shaklee sebab semua urusan pembelian boleh dibuat secara online. Lepas dah place order, biasanya dalam 2-3 hari barang dah sampai. Paling lama pun 5 hari berkerja. Tapi saya biasa dapat barang dalam masa sehari je.. Service shaklee memang ohsem!

4. Kena Isi Borang Apa-Apa Ke Untuk Daftar?
Anda tak perlu susah payah isi borang untuk daftar jadi ahli Shaklee. Lepas dah buat pembayaran, anda hanya perlu memberikan:
  • Nama Penuh Anda
  • No IC
  • Nama Pasangan
  • No IC Pasangan
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat Emel
  • No Telefon

5. Berapa Lama Masa Yang Diambil Untuk Proses Pendaftaran?
InsyaAllah saya akan daftarkan ada dalam masa 24 jam selepas bayaran telah dibuat. Semua urusan pendaftaran ahli baru Shaklee boleh dibuat secara online pada bila-bila, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kalau memang saya tengah online. 5 minit je pendaftaran.. :)

6. Bila Saya Boleh Start Beli Produk Shaklee?
Anda boleh buat pembelian sekali dengan pendaftaran untuk menjimatkan kos penghantaran. Kalau anda join Shaklee untuk buat bisnes, anda boleh terus start promote Shaklee selepas menjelaskan yuran pendaftaran.

Orang kata, “Fast Action, Fast Result” :)

7. Kalau Tak Nak Buat Bisnes, Makan Sendiri Jer Boleh Ke?
Boleh sangat. Takde masalah pun sebab Shaklee takdelah mewajibkan setiap ahli buat bisnes. Tapi kalau anda nak buat bisnes, mestilah lagi bagus sebab anda boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan dengan Shaklee nih.

8. Apa Kelebihan Jadi Ahli Shaklee?
Antara kelebihan jadi ahli Shaklee ialah anda dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih murah selain daripada mengumpul point (UV) untuk setiap belian. Kalau anda berjaya mengumpul sekian-sekian point dalam satu bulan, anda akan mendapat ‘cash bonus’ daripada Shaklee.

Selain daripada ‘cash bonus’, Shaklee juga menawarkan “Car Bonus” dan juga tiket-tiket percutian & umrah ke luar negara. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh rujuk entri saya tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee.

9. Kalau Saya Nak Buat Bisnes, Macam Mana? Saya Malu & Tak Reti.
Berminat nak buat bisnes dengan Shaklee? Tahniah kerana membuat pilihan yang bijak! Anda tak perlu risau kalau anda seorang yang pemalu dan tak reti langsung tentang online bisnes.

InsyaAllah saya dan team yang ohsem akan guide anda dari A sampai Z tentang bagaimana anda boleh mula menjana pendapatan sampingan daripada Shaklee secara online dan offline.

10. Kalau Nak Daftar Sendiri Di Branch Shaklee Boleh Ke?
Boleh jer kalau nak daftar di branch. Cuma pastikan di ruangan “Penaja / Sponsor”, anda masukkan Shaklee ID saya, 956714 (nama Saliza Ramly).

Selepas selesai mendaftar, sila hubungi saya di 012 297 9869 seberapa segera supaya saya boleh emelkan koleksi eBook khas untuk rujukan anda.

Info: Borang keahlian Shaklee perlu dibeli dengan harga RM3

Kenapa Anda Wajib Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan Saya?
Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Dengan Mendaftar Bawah Saliza Ramly

Walaupun jadi ahli Shaklee nih ada banyak kelebihan, malangnya tak semua ahli yang dapat menikmati kelebihan-kelebihan ini. Ramai juga yang lepas daftar, mereka menyesal sangat sebab join Shaklee. Antara sebabnya mereka menyesal:

1. Dah Beli, Tak Tau Cara Makan
Ada yang dah beli produk, tapi tak tau cara makan yang betul dan berkesan. Akhirnya mereka gagal mendapat hasil yang diingini. Bila tanya upline, upline pun tak tau dan suruh ‘Google’ jer.

Kalau anda daftar dengan saya, anda tak perlu risau sebab saya akan berikan anda eBook “Cara Makan & Pantang Larang Vitamin Shaklee”. Kalau masih ada persoalan, boleh tanya saya bila-bila masa. Insya-Allah saya akan jawab secepat mungkin.

2. Terpaksa Beli Stok RM10K Semasa Daftar
Bila nak daftar, ada ‘upline’ yang cakap kena beli stok barang-barang Shaklee bernilai RM10K. Terpaksalah buat pinjaman sana sini untuk cukupkan RM10K. Lepas dah daftar, upline terus hilang ntah ke mana. Saja dia suruh beli stok supaya dia cepat naik ‘pangkat’. Last-last stok tu terbiar jer dekat rumah sebab tak reti nak jual.

Dengan saya, anda boleh daftar tanpa beli stok pun takpe. Hanya RM65 untuk seumur hidup. Tak perlu pening kepala nak pinjam duit dengan bank.

3. Nak Buat Bisnes Tapi Tak Reti
Ada yang join sebab nak buat bisnes, malangnya upline dia nih tak reti langsung macam mana nak buat bisnes. Disuruhnya gi belajar dengan orang lain atau join seminar itu ini. Terpaksalah keluar duit lagi untuk ke kelas-kelas pemasaran online.

Alhamdulillah untuk sesiapa yang daftar bawah saya, nda akan dibimbing from ZERO to HERO.
Anda akan di bimbing secara online dan offline. Online boleh je nak buat bila2 janji ada internet dan smartphone. Dan offline pulak tengok pada kesesuaian masa anda. Biase kita jumpe setahun sekali.

4. Tak Tau Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat
Bila dah jadi ahli Shaklee, kenalah ikut terma & syarat yang dibuat oleh Shaklee supaya keahlian anda tak dilucutkan ataupun digantung. Malangnya, tak ramai yang tau apa yang boleh dan tak boleh dibuat oleh seorang ahli Shaklee. Ini menyebabkan ada yang dilucutkan keahlian apabila melanggar peraturan.

Berminat Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee Hari Ini?
Saya kira anda dah faham macam mana nak jadi ahli Shaklee dan kenapa anda perlu daftar dengan saya. Dengan yuran hanya RM65 untuk seumur hidup dan kelebihan yang terlalu banyak, mustahil anda boleh rugi kalau mendaftar sebagai ahli hari ini.


20 November 2014

Tanah Tinggi Yang Menarik Di Malaysia Untuk Bercuti

Minggu depan dah mul acuti sekolah.. Mesti ramai yang dah merancang untuk bercuti bersama keluarga. Erm.. kalau diberi pilihan saya lebih suka bercuti di tanah tinggi sebab cuaca yang lebih sejuk dan nyaman.. Takde lah nak rushing2 dan tidak berpeluh.. Sebenanrnya banyak Tanah tinggi yang menarik di Malaysia ni.. Sambil2 mencari destinasi percutian, sy kongsikan dengan kawan2 juga k..

1. Cameron Highland

Cameron Highland ni popular juga di gelar sebagai ”Little England” Malaysia. Ia adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas. Kita juga boleh menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor.

2. Bukit Tinggi
Ada tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park. Erm.. cantik-cantik bangunannya.. Rasa macam kat luar negara je.. :)

3. Bukit Fraser
Bukit fraser ada tawarkan aktiviti rekreasi seperti , Allan’s Water di mana pengunjung boleh mendayung bot merentasi tasik keruh, sementara Paddock pula menawarkan aktiviti menunggang kuda dan memanah. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.

4. Bukit Larut
Terletak di Taiping, Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Kalau kawan2 minat aktiviti lasak, boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam.

5. Bukit Bendera
Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown. Berketinggian 830 meter dan bersuhu lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya. Ia dikatakan lebih kurang 3 darjah lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.

6. Kundasang
Bestnya permandangan di sana.. Kundasang War Memorial adalah tarikan yang selalu disebut-sebut di sini. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan pasar sayur-sayuran yang dibuka dibuka tujuh hari seminggu.

7. Gunung Ledang
Bagi yang meminati aktiviti lasak, gunung ini sesuai untuk anda menjalani pelbagai aktiviti luar dengan laluan gunung yang mencabar, air terjun berais, dan flora dan fauna eksotik, termasuk pelbagai spesies burung. Puncak gunung ini beradapada 1,276 m di atas paras laut, pengunjung juga berpeuang melihat pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pantai Sumatera pada hari yang cerah. Juga, Air Terjun Sagil adalah tempat perkelahan yang popular di kaki gunung itu.

8. Gunung Kinabalu
Mempunyai ketinggian 13,435 kaki , Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara. Mendaki gunung ini juga adalah satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan latihan mental dan fizikal yang rapi.

9. Broga Hill/ Bukit Lalang
Broga Hill terletak di Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pengunjung lebih suka sama datang waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik Broga Hill.

10. Gunung Jerai
Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Kedudukan Gunung Jerai yang berhampiran dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang mempesonakan. Lebih menarik, dari puncak gunung, Kawan2 boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.

P/S: menarik bukann… jom..jom.. kita bercuti.. hehehe

********************************************

OFFER NOV 2014 - Omega Guard Masih berjalan.. Jangan lepaskan untuk dapat harga runtuh..


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.


SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
 


 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™