Sejak beberapa hari ni saya dok asyik bertanya2 tentang sakit tonsil.. betul ke tulis mcm tu?? nampak sgt xde ilmu pasal sakit tonsil ni kan.. sebab si kakak dah 5 hari demam on off.. mula2 doktor suspect denggi.. tp bila check darah xde plak denggi nye.. tapi kakak tetap kerap demam.. dan yg menakutkan suhu badan kakak dah cecah lebih 40 darjah celsius.. MasyaAllah.. risau betul dibuatnya.. rupenye2 kakak ade masalah keradangan di tonsil.. patut la kerap demam.. so now doktor nasihatkan spy buang tonsil kakak.. saya kongsikan apa yg saya baca berkaitan tonsil ni..
Tonsil sememangnya wujud pada semua
orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai
sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada
waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan
sepenuhnya. Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah
beransur-ansur hilang.
Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil
ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang
kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz
kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.
Hal yang demikian menerangkan mengapa
Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil
pada golongan dewasa.

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang
merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri
daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan
penyakit.
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
- Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
- Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
- Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa Itu Radang Tonsil
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada
sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak
sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh
membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan
ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel
untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil
Tonsilitis boleh disebabkan oleh
jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria
seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan
virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga
menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara Gejala Radang Tonsil
- Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
- Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
- Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
- Sakit kepala dan sakit-sakit badan
- Suara garau atau hilang suara
- Kadang-kadang ada bengkak pada leher
- Mulut berbau busuk
- Berdengkur waktu tidur
Bahaya ke tak Tonsil ni.
Macam mana nak tahu jika anak kite
terkena jangkitan virus atau bakteria?
- Jika jangkitan virus: Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.
- Jika jangkitan bakteria:Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.
Tapi jika jangkitan bakteria lagi
berbahaya
- sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection)
- Makakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam
umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang
terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di
dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Bagaimana merawat sakit TONSIL?
Untuk sistem pertahanan badan, ada
beberapa produk shaklee yang boleh membantu berbeza mengikut usia :

✿ Umur 1 hingga 3 tahun ada alternatif iaitu mealshake
(multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla).

✿ Umur 3 tahun ke atas boleh bagi chewable vita c shaklee bagi mengukukan sistem imun dan
boleh bagi suku daripada sachet nutriferon untuk imun booster.

✿ Dewasa digalakkan mengambil nutriferon
untuk meningkatkan ketahanan badan
Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS
EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang
berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar
kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke
alamat anda di seluruh Malaysia.
SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
1 comment
nice sharing :D
Post a Comment