skip to main |
skip to sidebar
'Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan ganjaran pahala bagi setiap titis susu ibu yang masuk ke mulut anaknya'
Subhanallah begitu hebat ganjaran untuk ibu yang menyusukan anaknya.
Hakikatnya, susu ibu adalah susu terbaik di dunia dan tiada tandingannya dengan susu-susu formula. Melalui susu ibu, anak akan mendapat pelbagai nutrien dan zat penting yang tak dapat diperolehi melalui susu formula. Oleh itu, susuilah anak anda dengan susu dari badan anda sendiri melainkan perkara-perkara yang menghalang anda berbuat demikian.
Kelebihan & Kebaikan Penyusuan Kepada Ibu
- Membantu pengecutan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
- Menjarakkan kehamilan secara semulajadi
- Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterin
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Membantu penurunan berat badan ibu selepas bersalin
- Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi
Sumber imunisasi pertama untuk bayi
- Susu ibu satu-satunya makanan yang mengandungi antibodi untuk pertahanan tubuh bayi
- Mengurangkan masalah elergi dan penghadaman kerana susu ibu mudah diserap dan dicernakan
- Membekalkan zat-zat dan sumber nutrisi untuk bayi
- Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak
Ibu yang sedang menyusukan anak perlu memastikan pemakanan dalam diet harian adalah seimbang bagi memastikan kelancaran proses penyusuan. Masalah yang seringkali timbul pada awal penyusuan ialah masalah susu badan yang amat sedikit. Hal ini menyebabkan kebanyakan ibu memberikan susu formula kepada bayi dan ini amatlah mendukacitakan jika ibu sebenarnya telah berniat hanya mahu memberikan susu badan sahaja.
THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™
Post a Comment