30 January 2014

Sijil Halal Produk Shaklee 2014

Assalammualaikum.  Harini bersiaran dr hp je.. hihii.. since dh cuti balik kg ni mmg lmbt sikit baru boleh online.. saje nak share sini.. salinan sijil halal produk shaklee utk tahun 2014.. kwn2 boleh rujuk ye.. ada beberapa item yg takde dlm sijil halal ini.. tapi sijilnya akan menyusul kemudia  sbb kena lalui pemeriksaan yg lebih detail..

27 January 2014

Sayu - Mesej terakhir seorang ayah kepada anaknya di Facebook

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


26 January 2014

Vitamin E Shaklee yg superb..


Assalammualaikum.. entry kalini nak kenalkan anda dengan vitamin E shaklee.. Bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran & dalaman, semestinya pengambilan Vitamin E tidak akan diabaikan dan tidak hairan kalau dikatakan bahawa Vitamin E merupakan vitamin wajib yang perlu diambil. Namun haruslah berhati2 dengan Vitamin E yang dipilih kerana terdapat pelbagai jenis, jenama Vitamin E dipasaran yang sedia ada. Semestinya Vitamin E semulajadi dan berkualiti adalah pilihan yang terbaik berbanding Vitamin E sintetik. Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E dengan formula terbarunya, Vita-E Complex with grape seed extract.

Adakah anda mengambil Vit E dgn cukup setiap hari? Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu  mengambil makanan berikut untuk  sel-sel sihat melawan radikal bebas :
1kg biji gandum, 500ml minyak,  safflower, 8kg bayam,500g badam. Banyakkan?

Dan untuk pengetahuan anda, sebiji softgel vitamin E Shaklee  bersamaan dengan 400IU. So tak payahlah susah2 nak cari biji gandum,miyak safflower,bayam dan  badam. Just amalkan memakan 1 caps. vitamin E Shaklee sehari adalah sgt bagus.
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli  dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang  melengkapi fungsi vitamin E. 

Vitamin E dipanggil Vitamin Cinta sebab kualiti hubungan suami isteri bertambah baik dan suami pun bertambah2 sayang dengan pengambilanya.. Tak nak cuba?Vitamin E boleh dimakan oleh lelaki, perempuan, ibu2 menyusu, ibu2 berpantang.

Diantara kelebihan Vitamin E :-
  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit pun makin halus, gebu & licin
  • Mengurangan jeragat, parut & jerawat
  • Mengurangkan masalah berminyak dan kulit kering pada muka
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak utk awet muda
  • Mengurangkan Sakit sendi
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Mengekalkan kecantikan rambut
  • Mengekalkan masalah berkaitan dengan kanser
  • Menigkatkan kesuburan
  • Meningkantkan keinginan seksual
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
Testimoni pengamal vitamin E Shaklee
Risiko-risiko kesan kekurangan vitamin E
  • Saluran darah merah menjadi keras
  •  Risiko kanser dan leukimia 
  • Stroke 
  • Serangan Jantung 
  • Diabetes (pada sesentengah keadaan)
  • Muka berkedut, timbul bintik-bintik pada kulit muka (freckles) & 'Age spots'
  • Ulser 'in burns or wounds' 
  • Rheumatoid arthritis
  • Pengurangan kolagen
  • Penyakit Kulit
  • Hepatitis
  • Radang buah pinggang 
  • Katarak (selaput mata) 
  • 'Sunburn' 
  •  IBU HAMIL - Mengurangkan risiko keguguran & baby lahir x cukup bulan

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

25 January 2014

Kenali sakit tiroid..

Assalammualaikum.  harini nak share pasal masalah tiroid. Jika anda ada masalah ini pastikan anda tahu jenis tiroid yg anda hadapi.. ini kerana jika anda tersalah ambil makanan atau suplemen, ia boleh memudaratkan lg masalah tiroid anda.  

Fakta tentang tiroid yang kita patut tahu :
Tiroid adalah kelenjar endoktrin yang terletak dibawah halkum, berbentuk seperti kupu-kupu yang melekap dicorong atau tenggorok pernafasan (trachea) Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Lazimnya tiroid akan dikaitkan apabila ada biji dibahagian tenggorok. Biasanya biji ini tidak membahayakan, tetapi apabila ia bercampur dengan simptom seperti bertukar suara menjadi serak, susah hendak menelan dan bernafas, seseorang itu harus menjalani pemeriksaan lanjutan dan doktor akan membuat pemeriksaan sama ada ketumbuhan berkenaan adalah ketumbuhan biasa yang tidak membahayakan atau kanser.

Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

 


Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

Hipertiroidisme
HYPERTHYROID: Simptom dan Top Natural Suplemen Untuk Rawatan
HYPERTHYROID , adalah satu keadaan perubatan dimana kalenjar tiroid menjadi terlalu aktif, ini menyebabkan hormone tiroid (tiroksin atau triiodothyronine) dihasilkan berlebihan dan menyebabkan thyrotoxicosis. Antara penyebab penyakit ini ialah:
  1. Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
  2. Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
  3. Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-
♥ Bengkak di leher
♥ Cirit Birit
♥ Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
♥ Gementar dan gelisah, terketar2
♥ Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
♥ Kesuburan turun
♥ Penumpuan kurang
♥ Mata menjadi besar (bulging)
♥ Angin yang tidak menentu
♥ Kejang Otot
♥ Osteoporosis
♥ Pengeluaran peluh yang banyak
♥ Suhu badan naik, tak tahan panas
♥ Rambut tidak kuat
♥ Sukar bernafas, Sukar tidur
♥ Tekanan darah naik
♥ Turun berat badan walau selera naik
♥ Lemah


Hipotiroidism
merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan,

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-
♥ Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis
♥ senaman,
♥ Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
♥ Kemurungan atau kegelisahan
♥ Cepat berasa letih
♥ Faktor Genetik
♥ Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
♥ Masalah sembelit yang teruk
♥ Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit
♥ menjadi kasar dan berkuping
♥ Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid
  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.
Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simtom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik.

Jadi, jika anda ibu menyusu &  mempunyai masalah tiroid samaada hypertiroid atau hypotiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.

Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.
Bagi anda yg mempunyai hypertiroid
  • Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
  • Tidak boleh ambil vitalea with iron formula
  • Tidak boleh ambil alfalfa complex
Bagi anda yg mempunyai hypotiroid
  • Boleh ambil Vitalea with iron formula
  • Boleh ambil alfalfa complex
  • Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder

Jom cegah masalah tiroid anda supaya tidak menjadi semakin serius.

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™