22 August 2014

Makanan Sihat Yang Merosakkan Gigi?

Ramai di kalangan kita mempercayai makanan sihat memberi kebaikan 100% tanpa mengetahui ia juga ada mendatangkan keburukan sampingan seperti kerosakan gigi. Bagaimana makanan sihat ini boleh dikaitkan dengan kerosakan pada gigi? Bukankah makanan sihat sepatutnya tidak perlu dirisaukan? Jom baca selanjutnya.

Buah Kering
Memilih snek ringan yang terdiri daripada buah kering seperti aprikot, kismis, kurma dan sebagainya kedengaran menyihatkan tetapi buah kering ini mengandungi gula semula jadi yang boleh melekat pada gigi dan menjadi punca kerosakan gigi. Jika anda benar-benar mahu menikmati zat buah dan tanpa rosak gigi, lebih baik anda memilih buah segar untuk dijadikan sebahagian dari hidangan anda. Snek tanpa merosakkan gigi yang selamat dan boleh diambil adalah kekacang atau bijian.

Jus
Buah epal mungkin rahsia anda kekal sihat dan langsing sebagaimana kebanyakan orang yang memilih epal hijau sebagai menu yang sihat. Tahukah anda bahawa buah segar seperti epal hijau mengandungi tahap asid malah apa saja buah yang memiliki PH dibawah 5.5 boleh menyebabkan kerosakan gigi. Jus oren (pH 3.8), limau gedang (pH 3.3), jus nenas (pH 3.4), jus kranberi (ph 2.6) malah perahan lemon atau cuka yang biasanya anda masukkan ke dalam salad (kedua-duanya pH 2.0).

Sebaiknya, pilihlah makanan beralkali di mana ia terdiri daripada tahap pH yang tinggi dan mampu meneutralkan kesan asid dari gula. Jus terbaik untuk anda ambil adalah jus seleri, timun dan bayam.

Air Bergas Tanpa Kalori
Minum air yang banyak merupakan satu cara untuk kekal bertenaga dan hidrasi namun tidak ramai yang sedar bahawa mengambil minuman bergas boleh menyebabkan kerosakan enamel pada gigi. Air bergas mengandungi nilai pH sekitar 3 malah mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Anda mungkin merasa lega apabila gigi boleh memperbaiki hakisan enamel melalui proses 'remineralisation' asalkan anda tidak terlalu terdedah kepada minuman bergas ini. Jika anda merasa teringin sekalipun, ada para doktor gigi menyarankan  anda minum minuman bergas menggunakan straw untuk mengurangkan kerosakan terlampau terdedah pada gigi.

Adalah penting untuk mengetahui perbezaan pelbagai jenis pemanis. Kebanyakan produk yang tertera perkataan 'tooth-friendly' biasanya menggunakan xylitol, aspartame, acesulfame-K dan sakarin. Meskipun kebanyakan makanan ringan atau minuman berkarbonat melabelkan produk bebas gula tetapi kandungan asid yang tinggi juga penyumbang kepada kerosakan gigi. Bukan tidak boleh langsung menikmati makanan ringan sihat ini tetapi biarlah berpada-pada. Hati-hati ya!

sumber: majalah rapi

Untuk dapatkan gigi yang sihat, anda juga boleh amalkan pengambilan vitamin terutamanya kalsium (ostematrix)

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.



SALIZA RAMLY
FB: Sally za
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

14 August 2014

BAHAYA WABAK EBOLA

Assalammualaikum. Sekarang ni tengah hangat isu berkaitan penyakit Ebola yang tiba-tiba ada di Malaysia. Jom kita ketahui apakah dia penyakit Ebola ini.

Pengenalan Ebola
Ebola  adalah sejenis virus  dari genus Ebolavirus , familia Filoviridae , dan juga nama dari penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut.
Ianya dijumpai pada tahun 1976, di Sungai Ebola, di Kongo. Kebanyakan kes adalah berlaku di Barat Afrika terutamanya di Guinea, Liberia, Sierra Leone, dan Nigeria.

Cara berjangkit
Ianya berjangkit apabila badan kita terkena dengan cecair orang atau haiwan yang dijangkiti virus ini. Cecair badan termasuklah air liur, najis, air kencing, dan darah. Haiwan yang biasa terkena ebola ialah dari jenis primat iaitu seperti monyet.

Masa Inkubasi
Masa inkubasi adalah daripada tempoh 2 hari hingga 3minggu. Ini bermakna, apabila seseorang terdedah kepada virus ini, seseorang akan hanya mendapat gejala-gejala bermula daripada 2 hari hingga ke 3 minggu.


Gejala-gejala yang timbul
Virus Ebola adalah sangat virulen, bermaksud boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi jika dijangkiti. Antara gejala- gejala yang timbul ialah bermula dengan sakit-sakit badan, rasa lesu. Kemudian pesakit akan mula demam. Ianya berlaku dengan cepat. Sebagai contoh jika rasa sakit-sakit badan pada waktu pagi, pada waktu petang pesakit akan mula mendapat demam, batuk-batuk, cirit-birit dan muntah dan ruam-ruam di badan.

Pengesanan awal
Penyakit ini agak sukar untuk dibezakan dengan penyakit-penyakit lain, kerana gejalanya adalah sama seperti penyakit lain yang agak biasa seperti jangkitan demam selsema, pneumonia, denggi, dan malaria.
Perkara yang membezakan ialah sejarah pernah melawat tempat-tempat yang berlaku wabak Ebola.
Sampel darah akan diambil dan akan diuji di Makmal Kesihatan Awam untuk mengesahkan penyakit ini.

Langkah-langkah pencegahan
Berdasarkan maklumat sedia ada dan daripada pihak WHO (World Health Organization), National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) telah membuat analisa risiko ke atas kemungkinan penularan wabak ini di Malaysia masih lagi rendah jika dibandingkan di Afrika Barat. Setakat ini, tiada kes ebola yang dilaporkan di Malaysia.

Jika anda pernah melawat kawasan-kawasan yang diserang wabak ebola ini, sila laporkan di pintu masuk Imegresen. Jika anda mendapat gejala-gejala ini, silalah segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Setakat ini, belum ada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, www.moh.gov.my  dan Facebook CPRC.

Semoga kita semua terlindung daripada Virus yang berbahaya ini.

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.



SALIZA RAMLY
FB: Sally za
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

12 August 2014

Masalah Gusi Dan Gigi

Memelihara kesihatan gigi sama pentingnya memelihara kesihatan gusi. Gusi berperanan besar menyihatkan gigi. Apabila gusi bermasalah, gigi turut terlibat dan bermasalah. Apabila gusi sakit, bengkak, nyilu, berdarah, bernanah atau mengecut; gigi akan turut sakit, longgar, sekiranya tidak di rawat, mungkin tertanggal dari gusi. Penyakit gusi perlu ditanggani segera agar tidak menjejaskan gigi sehingga tertanggal atau ditanggalkan. 


Punca Masalah Gusi Dan Gigi  
Penyakit gusi dan gigi dikategorikan sebagai penyakit keradangan yang disebabkan bakteria yang bermukim pada permukaan dan celah-celah gigi.

Tidak dinafikan, kurang penjagaan dan kebersihan pada mulut dan gigi, umpamanya jarang berkumur, malas memberus gigi setiap hari, boleh menyumbang kepada timbulnya masalah gusi dan gigi. 

Bahan makanan dan minuman juga banyak menjejaskan kesihatan gigi dan gusi. Jenis makanan dan minuman yang terhasil melalui proses perindutrian yang sering menggunakan bahan-bahan kimia, dan gula sukros. Gula sukros boleh merosakkan gusi dan gigi. Rendam saja sebatang gigi ke dalam segelas minuman berkarbonat, seperti coke atau cecair gula sukros, selang beberapa hari akan kelihatan gigi tersebut berlubang-lubang di makan gula sukros.

Perokok menghadapi risiko lebih tinggi kepada penyakit gusi dan gigi. Merokok menghalang keupayaan tubuh untuk meresap vitamin C. Lambakan plaque dan tartar pada gigi dan gusi mengecut adalah gejala yang sering berlaku kepada perokok. 

Akan tetapi, meskipun sudah menitik-berat kebersihan pada mulut, gusi dan gigi, kenapa pula seseorang itu masih juga mengalami masalah gusi dan gigi? 


Kekurangan Zat Galian Dan Vitamin!!! 
Sebenarnya faktor dalaman tubuh berkaitan dengan kekurangan nutrien merupakan punca tersembunyi kepada masalah gigi dan gusi, terutama kepada orang dewasa. Kekuatan struktur tukang dan gigi banyak bergantung kepada nutrien. Vitamin-vitamin dan zat-zat galian adalah nutrien yang sentiasa diperlukan oleh seluruh tisu tubuh, termasuk mulut, gigi dan gusi. Apabila tubuh tidak dibekalkan jenis-jenis nutrien yang mencukupi, bermacam-macam penyakit mulut, gusi, gigi dan tulang boleh timbul. Kekurangan salah satu atau lebih nutrien berikut menyumbang kepada penyakit gusi, gigi dan mulut: -

Kekurangan KALSIUM. 
Dibandingkan dengan zat-zat galian lain, kalsium adalah zat galian/gizi yang paling banyak terkandung di dalam tubuh. 99% tersimpan dalam tulang dan gigi, bakinya berada di seluruh tubuh; di dalam darah, otot, saraf, dan cecair yang meliputi sel-sel. 

Kalsium mencukupi akan memelihara tulang, rahang dan gigi berkeadaan kuat, teguh dan sihat. Kekurangan kalsium akan menimbulkan berbagai gejala: gusi berdarah, gigi longgar, gigi tanggal pra-matang, gigi rapuh, dan “osteoporosis” (rapuh tulang, kurang ketumpatan tulang, tulang mudah retak atau patah). Menurut kajian dari “the National Institute of Health’s Osteoporosis and Related Bone Disease National Resource Center”, USA - gigi-gigi menjadi longgar, seringkali disebabkan gusi mengecut, berpunca dari kurang ketumpatan tulang, menandakan kekurangan kalsium dalam tubuh.  

Kekurangan MAGNESIUM. 
Magnesium memelihara otot dan saraf untuk berfungsi secara normal. Magnesium, bergandingan dengan kalsium, membina struktur tulang dan gigi yang sempurna dan teguh. Ia juga mengendali denyut nadi jantung dan mengutuhkan sistem kekebalan tubuh. 

Kekurangan magnesium akan menimbulkan radang tisu gusi, kerosakan gigi dan gusi bermasalah. Penyakit periodontitis sangat berkait-rapat dengan kekurangan magnesium. Beberapa kajian mendapati kekurangan magnesium menjadi salah satu sebab kepada penyakit yang melibatkan gigi dan gusi, kekejangan otot, penyakit-penyakit berkaitan pengaliran darah, tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, kemurungan, migraine, osteoporosis, dan masalah pernafasan. 

Kekurangan ZINC. 
Zat galian zinc meransang proses kesembuhan pada luka dan kecederaan, dan memampan sistem kekebalan tubuh. Sangat berguna bagi membantu menanggani masalah gingivitis dan periodontitis. Zinc berganding dengan tembaga, menghalang plaque dari bertompok. 

Kekurangan zinc menyebabkan hilang deria rasa pada lidah, hilang selera, mulut kering, dan cenderung timbulnya penyakit gusi.

Kekurangan VITAMIN C. 
Vitamin C berperanan besar memelihara kesihatan tisu, termasuk gusi. Tisu-tisu seluruh bahagian tubuh perlukan vitamin C untuk pembinaan dan juga kesembuhan. Sebagai anti-oksidan, vitamin C membantu menyihatkan sel-sel tubuh dengan cara mengempur radikal bebas daripada merosakkan DNA, lipid dan protein, menghalang dan melawan sebarang jangkitan.

Kekurangan Vitamin C jarang berlaku. Bahan makanan yang mengandungi vitamin C banyak dan mudah di perdapat. Kekurangan vitamin C, kalsium, vitamin B9 dan zinc boleh menjadikan tisu gusi lembut, mudah rosak dan tidak anjal, mendorong bertapaknya plaque menyebabkan gusi mudah membengkak dan berdarah, dan lambat sembuh. 

Vitamin C terserap air. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh atau di simpan di dalam tubuh. Oleh yang demikian, bekalan vitamin C perlu sentiasa mencukupi dalam diet harian. 

Kekurangan VITAMIN D. 
Vitamin D diperlukan untuk pembinaan dan ketumpatan tulang dan gigi, meransang pertumbuhan sel-sel baru, menyihat fungsi saraf dan otot, memelihara sistem kekebalan tubuh, dan meringankan keradangan pada mana-mana bahagian tubuh.

Vitamin D mampu dihasilkan oleh tubuh apabila kulit terdedah pada cahaya matahari, disebut juga "vitamin cahaya matahari". Vitamin D juga diperlukan untuk penyerapan kalsium yang sempurna. Sebenarnya, vitamin D sangat diperlukan oleh orang-orang dewasa.

Kekurangan vitamin D boleh membawa risiko penyakit rapuh tulang "osteoporosis", “osteomalacia” (keadaan otot dan tulang lemah), penyakit “rickets” bagi kanak-kanak (penyakit tulang menjadi lembut dan gigi mudah rosak atau tanggal) dan penyakit gusi. Sistem kekebalan tubuh juga turut menjadi lemah, menambah risiko penyakit kanser.

Vitamin D terserap lemak, bermakna perlu makanan yang berlemak untuk penyerapannya. *Peringatan: Vitamin D berlebihan boleh menyebabkan tubuh menyerap terlalu banyak kalsium, ini akan menambah risiko sakit jantung dan pembinaan batu karang dalam ginjal, hilang nafsu makan, kehilangan berat badan, kerap kencing/membuang air kecil, komplikasi denyut jantung yang tidak teratur menyebabkan mudah berkeringat, sesak nafas dan sebagainya.

Kekurangan VITAMIN A. 
Vitamin A juga menyumbang kepada kesihatan gusi, membantu menguatkan sel-sel tulang dan kesihatan kulit. Vitamin A baik untuk sistem kekebalan tubuh, melindungi gusi dari jangkitan virus, bakteria, dan menghalang perkembangan kanser.

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan tubuh mudah dijangkiti virus. *Peringatan: vitamin A berlebihan menyebabkan pening loya dan muntah, hilang selera makan, kekacauan fikiran, dan rambut gugur.

Kekurangan VITAMIN B2 (Riboflavin). 
Vitamin B2 adalah anti-oksidan yang menyihatkan kulit, rambut, mata dan hati. Ia terlibat dalam penghasilan sel-sel darah merah dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Tubuh memerlukan riboflavin untuk mengaktifkan asid folik untuk memberi tindak-balas bio-kimia di dalam tubuh. 

Kekurangan vitamin B2 akan menyebabkan sudut-sudut dan penjuru mulut mengelupas, sariawan, gusi dan lidah membengkak. Keadaan ini akan memudahkan jangkitan kulat di dalam mulut. Cirit-birit juga boleh berlaku, di mana usus penghadaman sulit menyerap nutrien. 

Kekurangan VITAMIN B3 (Niacin). 
Kekurangan Vitamin B3 akan memberi kesan negatif kepada tisu, kulit dan mulut. Lidah membengkak merah dan pecah-pecah, lidah dan mulut menjadi sakit, gusi juga membengkak dan sering berdarah, mata sakit dan selalu berair, kulit gatal-gatal dan berpenyakit “pellagra” (kulit menggerutu dan mengelupas).

Kekurangan VITAMIN B9 (Asid Folik). 
Vitamin B9 diperlukan untuk berbagai fungsi tubuh termasuk penghasilan dan baik-pulih DNA, percambahan dan perkembangan sel-sel baru.

Kekurangan B9, akan menimbulkan gejala-gejala sepertimana kekurangan vitamin B3. Dan boleh menyebabkan seluruh tubuh menjadi lemah. 

Kekurangan VITAMIN K. 
Kekurangan vitamin K jarang berlaku pada orang dewasa, mudah berlaku pada bayi. Ia penting pada proses pembekuan darah.

Vitamin K terserap lemak. Kekurangannya selalu timbul pada orang yang menghadapi masalah penyerapan lemak pada sistem penghadamannya.

Gejala-gejala kekurangan vitamin K akan menyebabkan darah gagal membeku apabila kulit atau tisu tercedera, kulit atau tisu mudah calar atau luka, gusi berdarah, hidung berdarah, kadangkala terdapat darah dalam air kencing atau najis, atau darah keluar terlalu banyak sewaktu kedatangan haid, tulang mudah retak, dan penyakit jantung juga berkait rapat dengan kekurangan vitamin K.

credit

Ostematrix dari shaklee ini adalah salah satu makanan tambahan untuk memastikan keperluan kalsium harian kita adalah cukup. Malah ostematrix merangkumi lebih daripada kalsium. 

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.


SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

3 August 2014

Cara pengambilan GLA untuk Hamil

Setiap kapsul Gla complex mengandungi 30iu vitamin E yang tergolong dalam vitamin yang mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi. Kebiasannya, vitamin yang tinggi anti oksidan tidak digalakkan di awal kehamilan kecuali atas nasihat doktor. Vitamin-vitamin ini dikhuatiri akan merencatkan pertumbuhan kerana fungsinya yang menghalang proses penuaan sel.

Ramai yang tanya, adakah terdapat kaedah khusus pengambilan GLA complex jika seseorang merancang untuk hamil? Sebagai langkah berjaga-jaga, pengambilan GLA complex perlu dihentikan ketika 'waktu subur' untuk membolehkan persenyawaan sel berlaku dengan lebih baik. 



Antara yang perlu dipraktikkan adalah :
  1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya sama ada yang 28,30 atau 36 hari dan sebagainya.
  2. Bagi yang mempunyai masalah kitaran haid tidak tetap, boleh membuat anggaran jumlah hari mengikut kebiasaan.
  3. Bahagikan hari kitaran haid kepada dua. Katakan 28 hari, maka 28/2=14.
  4. Melalui pengiraan, anggaran masa subur isteri itu adalah antara hari ke-14 hingga hari pertama haid
  5. Pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Contohnya jika hari subur antara hari ke 14 hingga hari pertama, GLA perlu diambil sehingga hari ke-13 sahaja..
  6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
  7. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar isteri telah hamil. Lakukan ujian kehamilan untuk keputusan yang lebih tepat.
  8. Jika tidak, ulangi langkah 5 seperti di atas
  9. Pastikan juga GLA complex tidak diambil bersama-sama Alfalfa Complex untuk penyerapan yang optimum

Ini adalah antara kaedah yang biasa saya cadangkan untuk mereka yang merancang untuk hamil. Di samping itu, sentiasa berdoa semoga diperkenankan segala usaha anda kerana hanya Dia yang mengetahui setiap yang terbaik untuk kita.

Nak tgk testimoni mereka yang dah berjaya hamil? klik sini ye.


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang
POS ke seluruh Malaysia
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

2 August 2014

GLA Complex: PROMO OGOS 2014

Wah… Berita baik buat pasangan yang inginkan anak dan inginkan meningkatkan kesuburan wanita kerana semestinya GLA Complex merupakan produk terbaik untuk tujuan tersebut. Yang lagi best, Promosi GLA BELI 6 PERCUMA 1 merupakan pilihan terbaik!


Apa itu GLA Complex ?
GLA adalah akronim untuk Gama Linoleik Acid (GLA). Dan merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin pula adalah terdiri daripada sejenis hormon dalam badan. Ianya amat penting di dalam badan untuk tujuan kawalan tekanan darah, menghalang gastrik, mengelakkan keradangan dan sebagainya.


Apa yang ada dalam GLA Complex sampai istimewa sangat?

  1. GLA (daripada sejenis minyak Borage ~ Ia sangat kaya dengan asid lemak omega 6 yang terbukti membantu meningkatkan kesuburan.
  2. Vitamin E ~ membantu untuk kesburan dan kecantikan kulit
  3. Sunflower Seed Oil

Apa kelebihan GLA COMPLEX selain meningkatkan kesuburan?


  • Vitamin teramat penting untuk wanita yang ingin hamil.. Sama ada anak pertama atau anak seterusnya
  • Membantu mengatasi masalah kitaran haid yang tida menentu (Tidak teratur) dan masalah senggugut yang kerap dialami. Ia sesuai juga untuk wanita bujang yang belum berkahwin
  • GLA Complex membantu badan mengeluarkan “cecari khas” yang membolehkan sperma bertahan dan hidup didalam tiub fallapio sehingga 5 hari. Jadi, ia memberi peluang persenyawaan yang tinggi.
  • Bagi wanita yang mempunyai cyst, GLA Complex boleh membantu untuk mengecutkan cyst dan seterusnya memberi peluang untuk kehamilan

BONUS TAMBAHAN: banyak testimoni yang menunjukkan ramai yang mengambil GLA Complex memperolehi kulit yang lebih cantik, lebih mulus dan setentunya boleh menambat hati suami. Ada juga yang berjaya menghilangkan jerawat.

Jadi… GLA Complex ini untuk siapa?

  • Wanita yang pentingkan kecantikan dan ingin jadi awet muda
  • Wanita yang mengalami simpton-simpton monopaus
  • Wanita yang ingin meningkatkan tahap kesuburan dan inginkan anak
  • Wanita yang mengalami masalah senggugut
  • Wanita yang mengalami masalah haid yang tidak tetap dan tidak teratur
  • Wanita dan Lelaki yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis


Nota: Untuk meningkatkan peluang kesuburan Wanita, saya menggalakkan untuk mengambil Set Basic Kesuburan iaitu gabungan GLA Complex dan Alfalfa Complex. Jadi Peratus peluang kehamilan akan meningkat. Alfalfa Complex merupakan produk Shaklee yang juga hebat dan berfungsi seperti kacip fatimah serta 1001 macam fungsi lagi.

Jom baca:
Cara pengambilan GLA untuk Hamil
Testimoni vitamin shaklee untuk kesuburan kesuburan

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang
POS ke seluruh Malaysia
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™