29 January 2015

7 Tips Menurunkan Berat Badan

Anda nak kurus secara semulajadi?? Jom cuba amalkan tips yang simple ni.. 

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini.
  7. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.


haa.. walaupun nampak simpl tapi susah nak konsisten untuk diamalkan.. Apa-apa pun kita perlu ada "will power" yang tinggi untuk kurus secara semulajadi.. Shaklee ada menyediakan suplimen untuk bantu anda turun berat badan. Kalau lah anda amalkan tips di atas tu dan ditambah dengan suplimen semulajadi untuk bantu naikkan metabolism, naikkan kadar pembakaran dan penyingkiran lemak, pasti anda akan dapat kurus sehingga capai berat badan idaman anda.. :)

Saya pun kurus dengan mengamalkan set kurus shaklee tau.. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu.. Nak tahu set kurus shaklee?? jom klik sini.. Kurus dengan vitamin shaklee..

1 comment

9:10 am, January 29, 2015  

badan ok. cuma aduh buncit nya perut ni... hahaha :3
Berazam nak exercise ape benda smua. Tapi dah berapa minggu ni tak exercise2 lagi, kekeke

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™