10 January 2015

3 Tips Menambah Susu Badan

Hari ini saya kongsikan 3 tips penting untuk menambah susu ibu. Semoga ianya bermanfaat untuk kita sebagai ibu hebat. InsyaAllah.


  1. Supply and demand adalah konsep asas dalam penyusuan. Semakin banyak permintaan susu ibu melalui hisapan pada puting oleh bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Apabila payudara telah kosong akibat dihisap oleh bayi atau pun dipam, otak akan mendapat signal untuk menghasilkan susu dan memenuhi kembali payudara dengan susu ibu. Berikan anak anda menyusu sekerap mungkin atau pam sekurang-kurangnya 4 jam sekali bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
  2. Minum air yang banyak membantu melancarkan sistem dan fungsi organ dalam tubuh, meningkatkan kecergasan dan sekaligus meransang penghasilan susu ibu.
  3. Makan makanan yang berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan kesihatan ibu adalah pada tahap optimum. Apa yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jika ibu kurang mengambil vitamin tertentu seperti kalsium, kesannya ibu akan mengalami masalah sakit sendi dan tulang rapuh. Malah anak yang disusukan juga mungkin lambat mengalami pertumbuhan gigi.

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIF╬×LT™