1 February 2015

BAGAIMANA MEAL SHAKES MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

Anak anda ada masalah sembelit tak? 


Sebagai ibubapa, sudah pasti kita tidak sanggup melihat anak menangis akibat SEMBELIT. Saya masih ingat lagi masa anak saya (Amani) umur 2 tahun. Dia memang selalu hadapi masalah sembelit. Sampai dia takut nak buang air besar sebab dia tahu mesti sakit dan ada banyak darah. Masa tu saya masih belum kenal shaklee.. 

Setelah saya kenal shaklee, saya terus mencuba Meal Shakes untuk anak saya. Alhamdulillah.. Amani dah boleh membuang dengan mudah.. Baru je amalkan seminggu masa tu. Kagum.. Syukur sangat.. 

Selepas tu saya terus konsisten berikan Meal Shakes pada Amani.. Sampai sekarang dia dah tak pernah sembelit lagi.. Sekarang saya dah berikan juga Meal Shakes pada si adik (Ammar). Sebolehnya saya tak nak Ammar alami macam apa yang kakak dia alami dulu. Alhamdulillah, Ammar dah 2 tahun dan dia tak pernah lagi kena sembelit. Syukur sangat2..
 
Anak-anak Mealshakes
Anak-Anak Meal Shakes


Kepada mommies di luar sana, jom cuba berikan MEAL SHAKE untuk merawat sembelit anak. Ini kerana  Meal Shakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.

Mealshake Shaklee juga diperkaya dengan 24 jenis vitamin A-Z juga kaya dengan serat untuk membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari kolon dan perut. 

Rasanya yang sangat lazat dan memang digemari kanak-kanak. Macam anak-anak saya, saya akan bancuh sekali sehari campur dengan susu atau minuman kegemaran mereka. Bila cukup bekalan mineral dan vitamin untuk anak, maka anak akan sentiasa sihat dengan izin Allah.. 

Mealshakes atasi masalah sembelit
Mealshakes atasi masalah sembelit

Macam mana Meal Shakes membantu masalah sembelit?

Kandungan serat di dalam meal shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencucui' usus dan perut anak kita. 

SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan.

Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi segumpal najis, SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (tidak lagi SEMBELIT).

Disinilah pentingnya anak kita MINUM BANYAK AIR. 

Akhirnya, SERAT di dalam meal shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.

Simple kan? Shaklee tak buat produk ajaib.. Tapi memang cukup bagus untuk kita semua amalkan.

Jika anda ingin mencuba untuk anak tersayang, anda boleh terus hubungi saya ya. InsyaAllah.. saya akan bantu sebaik mungkin. 

Beli Mealshakes

Jika anda dah biasa dengan shopping online, anda boleh je terus order dengan klik gambar di atas ni. Selepas order, anda layak untuk mendapat konsultasi percuma daripada saya.




31 January 2015

Tips Atasi Masalah Sembelit Pada Anak

Pasti ramai ibu-ibu yang runsing disebabkan anak-anak yang ada masalah sembelit. Sembelit ini terjadi disebabkan oleh anak kita tak nak makan sayuran, buah buahan maka mereka tak dapat khasiat fiber yang secukupnya dari makanan. Apatah lagi jika anak kita tak suka nak minum air masak, lagi bertambah-tambah masalah sembelit mereka. Apakah fiber sebenarnya?


Apakah ia fiber?

Fiber/Serat adalah satu kumpulan karbohidarat yang tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan akan dikeluarkan dari badan. Fiber ni boleh membantu melancarkan pembuangan kerana menyerap air sepanjang laluan pembuangan dan membuangnya dengan lebih lancar.

Adakah fiber yang boleh membantu anak anda? Ye ada. Mealshakes adalah pilhan terbaik untuk membantu masalah anak sembelit.

Saiz Hidangan Fiber Dalam Mealshake

1/4 cup mealshake : 4 sudu besar: 3 gram fiber

Setiap hidangan mealshake mengandungi 3 gram fiber.  Kanak-kanak memerlukan 20 gram – 30 gram fiber sehari. Jadi anda boleh berikan beberapa kali hidangan mealshake pada anak-anak untuk mencukupkan bekalan fiber mereka. Tapi jangan salah sangka ia adalah satu-satunya perkara yang anda perlu bergantung. Galakkan anak-anak mengambil buah buahan dan sayuran dan jika keadaan tertentu yang mana agak sukar nak kawal makanan kanak-kanak, anda bolehlah bantu mereka dengan memberikan keperluan fiber ini pada mereka.

Jadi cadangannya adalah minimum 4 sudu besar sehari dan tambahan boleh diberi mengikut kesesuaian anak anda. Hanya tambahkan hidangan mealshake jika masalah sembelit tidak berkurang dengan cadangan hidangan tadi. Untuk kanak-kanak bawah 1-3 tahun boleh kurangkan dos dengan mulakan dengan 1 sudu sehari.


Cadangan RDI (recommended daily intake) Pengambilan Fiber

Ibu-ibu boleh rujuk pada carta ini untuk mengetahui cadangan yang sesuai untuk anak-anak mereka.
  • Kanak-Kanak 1-3 tahun: 19 gram fiber setiap hari
  • Kanak-Kanak 4-8 tahun: 25 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 9-13 tahun: 31 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 9-13 tahun: 26 gram fiber setiap hari
  • Lelaki 14-19 tahun: 38 gram fiber setiap hari
  • Perempuan 14-19 tahun: 26 gram fiber setiap hari

Cara Bancuh Mealshake Untuk Anak Sembelit

Bancuhkan 4 sudu besar mealshake ke dalam 237 ml air masak atau boleh juga dicampurkan ke dalam bancuhan susu anak-anak. Boleh dibancuh sejuk atau normal, tidak digalakkan bancuh dengan air panas kerana dibimbangi proteinnya akan musnah.

Jika masalah sembelit masih tidak dapat diatasi, berikan anak anda 2 kali sehari sehingga masalah sembelit tiada lagi.
 
Adakah fiber sahaja yang membantu anak-anak anda yang ada masalah sembelit? Tidak. Ini kerana dalam mealshake juga mengandungi MAGNESIUM yang membantu masalah sembelit.

Bagaimana Magnesium Membantu Masalah Sembelit?

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam MEALSHAKE :)

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™