26 April 2014

Kanser Kelenjar / Lymphoma

Assalammualaikum.. harini sy terpanggil untuk mencari info berkaitan kanser.. To be specific, ia adalah kanser kelenjar atau dipanggil Lymphoma. saya tercari2 tentang kanser lymphoma ini kerana ada seorang rakan fb sy yg mengidap kanser ini dan sedang menjalankan rawatan kimo. Jom sama2 kita ketahui apa bende lymphoma ni.




Apa itu Lymphoma?
Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut. Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakit tersebut ditunjukkan. 15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.

Apakah jenis-jenis Lymphoma?
Lymphoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah (malignant). Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan kanak-kanak.
  • Hodgkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832. Jenis ini biasa terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.
  • Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam non-Hodgkin's Lymphoma terdapat peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah   Leukemia  ( ALL), kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma tidak melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal pesakit Leukemia melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.
 
Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya melibatkan bahagian badan yang berlainan, merebak secara yang berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan. Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan.

Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak?
Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya. Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu seperti di bawah:
  • Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti
  • Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti
  • Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV)
  • Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan Reaktor Nuklear
  • Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat mengawal faktor yang menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisi di dalam gen semasa pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanak kadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ.

Apakah tanda-tanda Lymphoma?
Tanda-tanda Lymphoma mungkin sama dengan penyakit lain yang bukan barah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anak anda mempunyai tanda-tanda yang membimbangkan anda. Di bawah adalah tanda-tanda yang mungkin ada pada Lymphoma:
  • Noda limfa yang terletak di permukaan biasanya tidak sakit, oleh itu ia terus membesar tanpa disedari
  • Pembesaran thymus atau noda limfa di dada boleh menekan saluran udara menyebabkan pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan
  • Ianya juga boleh menyempitkan salur darah utama yang menyalurkan darah dari kepala dan leher menyebabkan pembengkakan muka, leher, bahagian atas lengan dan dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Pembengkakan nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan. Ianya juga boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah
  • Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam- kadangkala dipanggil simptom B
  • Kegatalan kulit dalam kes-kes Hodgkin's Lymphoma
Tanda non-Hodgkin's Lymphoma terjadi dengan cepat, kadangkala dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum ianya dikenalpasti. Sesetengah jenis non-Hodgkin's Lymphoma terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan.

Bagi Hodgkin's Lymphoma, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, dan secara perlahan. Pembengkakan dan tanda boleh kelihatan sehingga setahun sebelum penyakit dapat dikesan dan kanak-kanak tersebut boleh kelihatan seperti normal. Walau bagaimanapun tanda B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit dikenalpasti/ disahkan

Bagaimana untuk mengesahkan Lymphoma?
Doktor akan bertanya apa yang membimbangkan dan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh anak anda, sejarah kesihatan yang lalu, sejarah kesihatan ahli keluarga, ubat yang diambil oleh anak anda, sebarang alahan, atau isu-isu lain yang dipanggil sejarah perubatan lalu. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma. 

Kadangkala, apabila kanak-kanak dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara teliti untuk mengetahui sama ada ianya terus membesar. Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh
jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar atau jika doktor mengesyaki ianya Lymphoma langkah seterusnya adalah melakukan biopsi. Ini akan melibatkan pengambilan sedikit tisu atau kadangkala keseluruhan nodus limfa tersebut.

Bergantung pada tempat di mana sampel tisu akan diambil, biopsi mungkin menggunakan jarum halus (dipanggil jarum sedutan) atau pembedahan kecil dilakukan di bawah pembiusan setempat (kulit di sekeliling tempat biopsi akan dibius). Kadangkala biopsi mungkin perlu dilakukan dengan melakukan pembedahan besar di bawah bius am. Keadaan ini dilakukan dalam kes biopsi pembuangan di mana keseluruhan nodus limfa yang besar atau nodus limfa yang berkaitan dibuang.
Tisu ini akan diperiksa oleh Pakar Patologi untuk menentukan jenis limfoma yang spesifik. 

Selain dari ujian asas makmal, ujian yang lebih canggih juga dilakukan termasuk kajian genetik untuk menentukan jenis-jenis spesifik Lymphoma itu. Anak anda juga perlu menjalani kajian imbasan seperti X-ray dada, CT scan, MRI, gallium scan untuk melihat gambaran di dalam tubuh.  Setelah penyakit disahkan, doktor mungkin juga akan menjalankan ujian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan lain.Ini dapat membantu mengesan tahap barah tersebut di mana ianya sangat penting untuk merancang perawatan. Ujian  ujian sampingan termasuk:
  • Pengiraan darah secara menyeluruh
  • Kimia darah, termasuk ujian hati dan fungsi buah pinggang
  • Aspirasi/sedutan atau biopsi sum-sum tulang untuk melihat sekiranya
Lymphoma telah merebak ke sum-sum tulang: Pengambilan cecair dari saraf tunjang untuk mengesan sama ada barah telah merebak ke sistem ini. Ia cuma dilakukan dalam kes non Hodgkin's Lymphoma sahaja.

Bagaimana untuk merawat Lymphoma?
Rawatan untuk Lymphoma di kalangan kanak-kanak bergantung kepada tahap barah tersebut. Menentukan tahap barah adalah cara untuk mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap keterukan penyakit tersebut semasa di diagnosis (diagnosis).
Terdapat 4 tahap Lymphoma, bermula dari tahap 1 (barah Cuma melibatkan 1 bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga tahap 4 (barah yang telah merebak, hingga ke satu atau lebih tisu atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat membantu Pakar Perubatan dalam menentukan rawatan dan juga menjangka bagaimana seseorang pesakit Lymphoma akan bertahan dalam jangka masa panjang. 

Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama yang di gunakan. Ianya rawatan yang sangat penting untuk penyakit non-Hodgkin s Lymphoma. Ini biasanya melibatkan penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil
masa beberapa bulan.
 
Hodgkin's Lymphoma di kalangan kanak-kanak dirawat dengan kemoterapi. Kadangkala Radioterapi (penggunaan cahaya yang berkuasa tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada merebak) yang hanya digunakan dalam situasi tertentu.

Adakah peluang untuk sembuh penyakit Lymphoma?
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sama ada penyakit Hodgkin atau NHL boleh sembuh, bererti mereka bebas dari barah selama lebih dari 5 tahun.
Lebih kurang 90% kanak-kanak yang mengalami penyakit Hodgkin akan sembuh sepenuhnya (di mana tiada lagi sel barah di dalam badan) setelah menjalani kemoterapi. Penyembuhan dalam masa yang panjang (bebas dari penyakit selama 5 tahun atau lebih) dapat dicapai pada semua pesakit
tahap satu atau tahap 2, dan sehingga 90% pada pesakit tahap 3, dan lebih dari 60% bagi mereka yang tahap 4.

Kanak-kanak yang mengalami NHL, 90% berada dalam keadaan selamat setelah 5tahun bagi mereka yang berada dalam tahap 1 atau 2 semasa pengesahan penyakit (diagnosis), dan hampir 70% bagi mereka yang mengalami tahap 3 atau 4. Walaupun kebanyakan kanak-kanak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan, tetapi sebahagian dari mereka mengalami penyakit yang berulang (barah berulang) disebabkan oleh berlakunya tindak balas pada 'conventaional chemotherapy'. Bagi kanak-kanak ini, dos ubatan kemoterapi yang tinggi diikuti dengan pemindahan sum-sum tulang atau
pemindahan sel stem.

Haa.. panjang lebar kan?? credit kpd website infokanser. sy harap dengan adanya perkongsian ini boleh membantu kwn2 di luar sana yg sedang mencari info ini.

Untuk cadangan supplimen shaklee.. Vivix adalah yg terbaik utk pesakit kanser.. semoga melalui ikhtiar ini Allah sembuhkan penyakit kita semua.


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
 
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

2 comments

8:46 am, April 26, 2014  

mcm2 jenis kanser la skrg ni..menakutkan betul

2:52 pm, April 28, 2014  

tu la.. sebab tu kita kena jaga kesihatan..
mengelak lebih baik dr merawat.. ye tak? ;)

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIF╬×LT™