18 March 2014

Vitamin Shaklee Bantu Atasi Migraine

Uikkss.. entry kalini nak cerita pasal migraine.. erm.. dulu sy pn mmg ade migraine ni.. tapi sejak kenal vitamin shaklee.. Alhamdulillah.. saya dpt mengelakkan diri dari terkena migraine. Jom baca info pasal migraine ni,

Apa itu MIGRAINE?
Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

a) Classic Migraine
Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

b) Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal


Apakah Punca Migraine?  
Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi) dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
 
PUNCA kenapa MIGRAINE berlaku:
  1. Kesan daripada alahan seseorang
  2. Silau akibat lampu yang terang
  3. Bunyi yang terlalu kuat
  4. Bau wangi yang terlampau kuat
  5. Tekanan fizikal atau emosi
  6. Waktu tidur yang tidak teratur
  7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  8. Stres
  9. Menahan lapar
  10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.
Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
  1. Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
  2. Sakit kepala di sebabkan migrain
  3. Sakit kepala di sebabkan sinus
Untuk mengelakkan MIGRAINE elakkan daripada:
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama
Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.


Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine : 

  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 
Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?
Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. 


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


13 March 2014

Al kisah MH 370

Assalammualaikum..

hai kwn2.. negara kita sekarang dalam keadaan yg agak menyedihkan.. Isu kehilangan kapal terbang MH370 ni menyebabkan ramai yg buat cerita dan andaian.. terlalu banyak update yg sy dpt tp satu pn belum boleh dipercayai.. 


memang ramai yg prihatin, tapi tak kurang jugak yg suka menuduh dan menyalahkan orang lain.. skrg bukan masa utk buat semua itu.. kita sepatutnya bersatu padu utk sama2 menyelesaikan masalah dan mencari dimana sebenarnya MH370. Utk org seperti saya.. yg tiada kepentingan dan tiada kuasa utk buat apa.. Jom la kita sama2 berdoa.. Doa org mukmin adalah sgt2 diperlukan sekarang..

semoga keluarga magsa tabah menghadapi.. semoga negara kita semakin tenang.. semoga apa yang terjadi akan menjadi iktibar dan kesedaran kepada kita semua sebagai umat islam..


6 March 2014

Atasi Masalah Buasir dengan Vitamin Shaklee



Penyakit buasir merupakan penyakit yang biasa dialami tetapi jarang dibincangkan. Anggaran 50% penduduk dunia yang mengalami masalah ini dan 40% menderita sepanjang hayat mereka. Wowww!! Jumlah yang agak besar bagi saya.

Mari kita kenali buasir ini...

Buasir atau nama saintifiknya 'hemoroid' merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian dubur (anus) dan bahagian akhir usus besar (penghujung rektum).


Jenis-jenis Buasir 



Buasir Dalaman

Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. 



Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.


Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya.



Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

 

Punca-punca buasir:
  • Sentiasa duduk  
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
Note: Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-

Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir mengandung, mengalamai batuk yang melampau dan berpanjangan, meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.


Tanda-tanda dan Gejala Buasir

  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekita bahagian dubur. 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur. 
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.

Peringkat Buasir
Buasir ini ade 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan.
  1. Peringkat 1 ( Tahap 1) - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
  2. Peringkat 2 ( Tahap 2) - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur
  3. Peringkat 3 ( Tahap 3 ) - Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit.
  4. Peringkat 4 ( Tahap 4 ) - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan

Langkah Pencegahan Buasir
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena.
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
  • Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang : banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsang usus (kopi atau teh)
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur) berjumpalah dengan doktor.
  • Jika langkah-langlah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat perit.
     
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Buasir


Testimoni:


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™