31 December 2014

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah

Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa… ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan “menjegilkan” mata pun sudah cukup membuat anak “menikus”. Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan “reasoning” lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:


TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Kesimpulannya… lengkapkan diri kita dengan ilmu untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk “amanah Allah” yang telah dikurniakan kepada kita. Ia boleh ditimba melalui buku-buku, kursus keibubapaan, belajar dari pengalaman orang terdahulu dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga… iaitu anak anda.
Yakin dan percayalah… anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

~Jom kongsikan untuk manfaat bersama~

Penghujung 2014 : Semoga Allah Ampunkan Segala Dosa Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

9 Rabiul Awal 1436H,
31 Disember 2014.
     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah, di hari akhir tahun 2014 ini, kami memohon keampunan Mu dari segala keterlanjuran kami, segala kesilapan yang telah kami lakukan disepanjang tahun ini. 

Ya Allah sanyangilah kami dan tutupilah segala aib kami.

Ya Allah tambahkanlah rezeki kami dan cukupkanlah rezeki kami.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang Engkau redha.

Ya Allah sihatkanlah kami agar kami selesa dalam menjalankan ibadah kami.

Ya Allah, ingatkan kami bahawa dalam kehidupan ini kami pasti diuji.

Ya Allah, ingatkan kami
• Bila kami melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila melilihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila kami melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.

Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah. 

Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah. 

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang  menerima teguran dan ilmuMu Ya Allah. 

Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai Ya Allah. 

Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah. 

Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta petolongan Ya Allah. 

Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan  urusan kami Ya Allah. 

Ya Allah sucikan jiwa kami  dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan. 
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar Ya Allah. 

Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan  ibadah kami kepadaMu Ya Allah. 

Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. 

Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia  dan akhirat Ya Allah.َ

Ya Allah jangnganlah kami menghitung apa yang  hilang, tetap biarlah kami melihat apa yang kami miliki sekarang dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah kami terima sepanjang hidup kami.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن 
 َ

29 December 2014

9 Amalan Untuk Membentuk Anak Yang Soleh

Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.

Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
 
Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.

1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud,  
 
“ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” 
 
dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.

27 December 2014

Mustajab Berdoa Ketika Hujan Turun

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” (Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’)

 .
Begitu juga terdapat hadits dari Sahl bin Saad, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثِنْتَانِ لا تُرَدَّانِ، أَوْ قَالَ: مَا تُرَدَّانِ، الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَعِنْدَ الْبَأْسِ، حِينَ يَلْتَحِمَ بَعْضُهُ بَعْضًا وَفِي رِوَايَة : ” وَتَحْتَ المَطَر ”

“Dua orang yang tidak ditolak doanya adalah: [1] ketika azan dan [2] ketika rapatnya barisan pada waktu perang.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Dan ketika hujan turun.” (HR. Abu Daud dan Ad Darimi, namun ad Darimi tidak menyebut, “Dan ketika hujan turun.” Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani. Misykatul Mashobih)

25 December 2014

9 Petua daripada Rasulluah s.a.w untuk Mencapai Doa Mustajab

Berikut adalah sembilan petua daripada Rasulluah s.a.w untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2.Sesungguhnya Rasulluah bersabda : Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya."

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: "Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: "sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata,Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan' "

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Antara golongan yang sangat rugi ialah mereka yang berpuasa, dizalimi dan bermusafir tetapi tidak berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah S.W.T serta kebebasan daripada api neraka..
 

24 December 2014

22 Tips Menjadi Ibu Bapa Genius

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW: “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
 
20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

8 Tips Memandu Ketika Hujan

Sekarang tengah musim hujan yang lebat dan tidak berhenti-neti.. Musim tengkujuh kan.. Walau apa sekalipun kita tetap kena teruskan urusan harian. Kita pasti akan terus bekerja dan pastiakan memandu ketika hujan lebat.

Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan


1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
 

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya.
 


Sumber: JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

21 December 2014

Jom Kenali 2 Jenis Demam Denggi

Penyakit demam denggi adalah sangat popular di malaysia. Kita dinasihatkan untuk sentiasa memastikan kawasan tempat tinggal kita tidak mengalami masalah demam denggi. 
Apakah penyakit denggi itu?? 
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI     
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
  1. Demam denggi klasikal - Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
  2. Demam denggi berdarah - Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI    
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.

Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

CARA JANGKITAN
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.

Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.


 TANDA-TANDA ATAU GEJALA

1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).

RAWATAN
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
 
1. Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:
  • Mengurangkan demam(suhu badan)
  • Mengelakkan dari perdarahan berlaku
2. Rawatan Demam Denggi Berdarah
  • Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
  • Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
  • Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
  • Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Jom pastikan kita dan keluarga terhindar dari demam denggi.

19 December 2014

7 Tips Pengurusan Masa yang Bijak

Masa itu emas.. Betulkah?? Atau masa itu tidak ternilai harganya.. Sering kali kita terburu-buru mengejar masa.. Rasa macam tak cukup je 24 jam yang Allah dah berikan kepada kita semua. Tapi setiap orang merasai masa yang 24 jam tu berbeza jangka masanya. Jika kita dapat mengurus masa dengan baik pasti kita dapat melakukan banyak kerja dan semua kerja dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya kongsikan beberapa tips pengurusan masa yang bijak untuk kita praktikkan bersama.

SELAGI ANDA TIDAK MENGURUSKAN MASA, SELAGI ITULAH ANDA TIDAK MENGURUSKAN APA-APA.
1. Berapa lama masa yang diperlukan
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu kita menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan akita menetapkan satu rentak yang bersesuaian dengan diri sendiri.

2. Wujudkan tempat kerja yang selesa
Pastikan meja atau tempat kerja kita selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya) Untuk anda yang bekerja di rumah juga perlukan suasana kerja yang selesa. 

3. Hasilkan senarai tugas 
Senarai tersebut membolehkan kita memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan secara langsung dapat mengatasi keadaan kerja yang bertimbun. Kita pasti akan rasa hebat apabila tugas menjadi selesai dan boleh dibuang daripada senarai.

4. Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu
Tahukah anda, masa terbaik untuk mengatasi masalah-masalah yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah anda berasa lebih segar dan otak lebih cergas!

Awas: lama-kelamaan, sikap berlengah-lengah hanya akan menjejaskan keyakinan anda apabila mengendali perkara lain.

5. Jangan berjanji dengan sewenang-wenangnya
Jika kita sibuk, jangan terima tugas baharu, terutamanya apabila kita tidak mencukupi masa untuk menyiapkannya! Ia hanya akan memberi lebih tekanan kepada diri sendiri. Cubalah katakan: “Saya perlukan masa sehingga hari esok untuk menyiapkan laporan itu”. Cara penyelesaian ini lebih positif berbanding dengan menjeritkan ‘tidak’ ataupun lebih teruk bila kita terlepas tarikh penghantaran yang ditetapkan.

6. E-mel dan panggilan telefon, hentikan buat sementara
Luangkan sekurang-kurangnya satu jam untuk memberi perhatian sepenuh kepada tugas anda. Abaikan email dan panggilan dari sesiapa sahaja. 

7. Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu
Masa bersembang, menjamu kopi, menyemak e-mel... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi kita. Memang biasanya benda yang menjadi punca masa kita terbatas adalah sebab kita tidak sedar kita telah banyak membazir masa pada perkara-perkara yang tak penting. 

Tip: Minumlah air yang mencukupi – keadaan yang terhidrat membantu anda menumpukan perhatian. Ia juga menambah tenaga!

credit

18 December 2014

5 Tips Kesuburan Untuk Suami

Assalammualaikum.. Biasanya kita selalu baca tentang tips kesuburan atau petua cepat hamil untuk si isteri. Jadi kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 5 tips kesuburan untuk si suami amalkan. Semoga dengan tips ini dapat membantu si isteri untuk mengadung dengan lebih cepat. 


1) Ambil vitamin E dan vitamin C
Mengikut kajian dari pakar-pakar reproduksi, vitamin E dapat membantu meningkatkan kebarangkalian isteri untuk mengandung. Ini kerana jika vitamin E ini di konsisten diambil oleh suami, ia mempunyai fungsi untuk meningkatkan serta manambahkan pergerakan sperma untuk sampai ke sel telur isteri. Maka semakin cepat sperma sampai ke sel telur semakin tinggi kebarangkalian anda untuk hamil dan mempercepat proses kehamilan anda.

Selain itu vitamin C juga penting dalam mempercepatkan kehamilan. Vitamin C mempunyai khasiat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma sehingga 140%. Jadi bila kualiti serta kuantiti sperma bertambah kebarangkalian untuk hamil semakin cerah. Jadi, saya menasihatkan anda untuk mengambil sumber makanan yang mempunyai khasiat vitamin E dan C atau jika ingin lebih mudah.

2) Berhenti merokok
Pastinya semua orang tahu yang rokok langsung tidak memberikan sebarang kebaikan malah ia banyak mendatangkan keburukan dan memudaratkan kepada kita. Tahukah anda bahawa racun dan bahan kimia berbahaya yang ada dalam puntung rokok itu akan masuk kedalam salur darah dan akan merebak ke seluruh sistem badan termasuklah sistem reproduksi. Kesannya kualiti sperma akan rosak manakala sel telur akan berkurangan. Jadi peluang anda untuk si isteri hamil akan tipis. Kalau hamil pon anak yang bakal lahir dikhuatiri akan cacat. Haaa pasti anda tak nak perkara tu terjadi kan?? so STOP SMOKING!

3) Kurangkan Stress
Stress atau tekanan merupakan salah satu penyakit mental. Jika tidak diurus dengan baik anda bakal mengalami kemurungan yang kronik. Selain itu jika anda mengalami stress yang melampau anda akan kehilangan banyak vitamin, mineral, oksigen dan zat dalam sistem reproduksi anda. Ini akan menyebabkan anda kurang subur.

4)jangan pakai seluar dalam yang ketat
Orang lelaki dan perempuan ada perbezaan yang ketara. Allah dah ciptakan kita sedemikian. Untuk lelaki, bila anda memakai seluar dalam yang ketat ini akan menyebabkan suhu pada testis akan bertambah dan ini akan menjejaskan kesuburan sperma. Selain itu kurangkan penggunaan seluar dalam sangat baik. Adalah lebih baik, bila malam berada dirumah tidak perlulah memakai seluar dalam.

5) ambil makanan yang mempunyai anti-oxidant yang tinggi
Sayuran hijau, tomato, zink, asid folik antara bahan yang kaya dengan anti -oxidant. Anti-oxidant sangat baik untuk sistem reproduksi lelaki selain meningkatkan kesuburan sperma juga sel telur. Kajian telah dibuat dan mendapati individu yang kurang anti-oxidant mempunyai kualiti sperma yang rendah. Jadi tingkatkan kualiti sperma anda dengan menambah anti-oxidant dalam badan anda.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh amalkan set kesuburan shaklee.. 

17 December 2014

10 Sebab kenapa Pilih Shaklee Collagen Powder

Anda nak kulit cantik dan gebu gebas?? ;) Untuk pengetahuan semua.. kolagen sangat penting dalam tubuh badan kita tetapi badan kita tidak dapat hasilkan kolagen dengan sedirinya. 

Saya pernah kongsikan kepentingan kolagen pada tubuh kita. Boleh refer sini ya. 
Kepentingan kolagen pada tubuh.

Berbaloi jika anda amalkan shaklee collagen powder. Apa lagi bulan Dec 2014 ni ada offer Buy 3 free 1.. 

Ok, jom saya kongsikan 10 sebab kenapa anda perlu ambil Shaklee collagen powder.

1) Mengurangkan kedutan KULIT  dan juga garis-garis halus

2) Mengecilkan liang- liang roma.

3) Melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.

4) Mencerahkan kulit dan bebaskan kulit dari pigmentasi dan jeragat.

5) Menegangkan payudara dan pinggul.

6) Menyuburkan rambut menjadikan rambut yang cantik tidak bercabang serta  menyuburkan kuku dan kulit

7) Meningkatkan Pergerakan – Badan lebih bertenaga dan aktif.

8) Menganjalkan kulit menjadikan kulit lebih muda bermaya.

9) Meningkatkan kesihatan kekuatan sendi dan menyokong kalsium dalam badan

10) Terbukti berkesan. Lihat testimoni: 
Klik link sini ye.

Haa.. sebenarnya entry kalini memang tak nak panjng-panjang.. :) 
Cukup 10 sebab ni yang dah kukuh untuk yakinkan anda memilih kolagen shaklee.. Masih tak percaya? Cuba sendiri!! Mesti puas hati..
 
 
 

3 December 2014

Rupa Baru.. Semangat Baru.. :D

Alhamdulillah.. macam tak percaya bila tengok blog saya dah cantik.. Sangat-sangat puas hati dengan service dari jiakreatifelt. Tak sabar nak adakan give away sebab dah semangat dengan rupa baru blog saya ni.. 

Kepada kawan-kawan yang nak design blog or website tu boleh lah hubungi jia terus kat blog beliau ye.. Orang yang sangat baik dan mudah untuk berurusan.. :D

2 December 2014

BUAT PARA IBU-IBU TERSAYANG

Salam semua..

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent.... dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
~silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah


1 December 2014

Promosi Hujung Tahun.. Shaklee Memang Terbaik!!

Harini dapat berita best di pagi hari.. Shaklee buat Double Offer bulan Dec 2014 ni. MasyaAllah..

Yang paling bestnya item yang HOT pula tu yang di offer.. 


Pagi-pagi lagi pelanggan setia dah set order untuk promo bulanni.. 
Nak tahu lebih lanjut boleh klik di bawah ni ye.

Sustained ReleaseVitamin C 500mg

Vitamin E Complex


Jom dapatkan sekarang!! 

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™