7 January 2015

Pengambilan Alfalfa Berbahaya!

Alfalfa adalah tumbuhan herba yang mempunyai kandungan protien dan kalsium yang tinggi disamping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, Vitamin E dan vitamin K. Ia telah banyak digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk merawat pelbagai jenis penyakit antaranya merawat pesakit usus dan ginjal. namun, betulkah pengambian Alfalfa berbahaya? keratan artikal di bawah ini saya ambil dari perkongsian Dr Zubaidi.


Jadi, sebelum anda ingin mengamalkan sebarang produk yg berasaskan alfalfa (medicago sativa), pastikan ia dihasilkan daripada DAUN sahaja kerana ia lebih SELAMAT dan menurut petikan diatas, ia berkemungkinan selamat. Elakkan mengamalkan serta mengambil produk alfalfa yang dihasilkan daripada BENIH (sprout) alfalfa kerana ia tidak selamat dan menurut artikel di atas, berkemungkinan tidak selamat untuk penggunaan jangka masa panjang yang boleh menyebabkan reaksi yang sama dengan penyakit autoimun 'lupus erythematosus'. Dan yang paling penting, pastikan ia ditanam secara organik.

Allfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Tetapi, kita perlu yakin dan kenal pasti proses penanaman serta proses penghasilan alfalfa itu sendiri bagaimana.

Shaklee menanam sendiri pokok alfalfa, menjalankan proses sendri dan menjaga kualiti alfalfa untuk diproses menjadi tablet. Shaklee hanya menggunakan daun alfalfa yang dikeringkan dengan udara secara semulajadi.

Jika anda ada mengamalkan apa-apa ubatan daripada doktor, kerana di khuatiri ubatan doktor yang anda makan itu akan kurang kesannya. Jadi, saranan terbaik adalah, anda perlu dapatkan pandangan serta nasihat doktor jika anda ingin mengambil alfalfa sebagai supplement harian anda. 


Supplement adalah untuk kita membina kesihatan yang baik dan bukan bertujuan untuk merawat apa-apa penyakit. Perlu jelas kenapa dan untuk tujuan apa kita mengambil apa jua jenis supplement. Mengambil supplement membantu kita mendapatkan semula khasiat yang kekurangan dalam badan kita akibat daripada kita yang tidak dapat menjaga pemakan seharian kita. Selain itu, persekitaran hari ini juga adalah antara salah satu sebab kita perlu mengambil supplement. Melainkan jika anda memang yakin, anda mampu untuk setiap hari mendapatkan kesemua nutrien yang di perlukan tubuh.

SLE tidak boleh ambil alfalfa kerana alfala mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan.

Wanita mengandung tidak dinasihatkan mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.

Anemia tidak boleh ambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™