31 May 2014

Tips Menghadapi Bulan Puasa Ramadhan

Tips berikut boleh dipraktikkan untuk kita yang akan berpuasa sebulan tak lama lagi. Tips ni juga boleh membantu mereka yang menghadapi masalah gastrik.
  1. Lakukan latihan berpuasa. Antaranya adalah dengan amalan berpuasa sunat, sedikit demi sedikit (tidak semestinya setiap hari), menjelang puasa sebenar iaitu Ramadhan. Ini untuk memastikan perut boleh menyesuaikan fisiologinya dengan situasi berpuasa dan tidak terlalu ‘terkejut’ dengan puasa sebenar di bulan Ramadhan. Sekarang mungkin ramai (yang beragama Islam) sudah dapat mengaitkan kenapa kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Mula bina momentum puasa itu.
  2. Pastikan untuk mengambil makanan yang ringan 1-2 jam sebelum tidur (namun tidaklah terlalu mengenyangkan), terutamanya yang melibatkan karbohidrat kompleks seperti oat atau wholegrain. Ingatlah bahawa ini BUKAN sahur anda.
  3. Jangan sesekali mengabaikan sahur. Fokus juga kepada pengambilan karbohidrat kompleks seperti oat dan roti gandum penuh. Ambil jumlah protein yang mencukupi dan fokus kepada protein yang mempunyai rendah biological value seperti ayam, ikan, dan sumber kekacang. Bila untuk bersahur? Selewat yang mungkin, menghampiri waktu Imsak. Rancang waktu pemakanan sahur anda sebaik mungkin agar anda mempunyai masa yang mencukupi untuk makan semua makanan yang diperlukan. Topik berkenaan sahur akan aku kupas dengan lebih lanjut dalam bahagian yang akan datang.
  4. Elakkan tabiat terus tidur sebaik habis menikmati sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman. Malah, sahur sudahpun dianggap seperti sarapan pagi anda dan makanan yang dinikmati sememangnya berat.
  5. Terdapat kajian yang menunjukkan gastrik juga adalah disebabkan kewujudan bakteria helicobacter pylori. Sebagai langkah berjaga-jaga, makan yoghurt ketika tempoh berbuka puasa. Yoghurt mengandungi kultur hidup berguna seperti Lactobacilus acidophilus dan bifidus, yang mampu menyesarkan kolonisasi h.pylori. Produk shaklee juga dapat membantu mengelak masalh gastrik ini. lihat sini.
  6. Makan secara perlahan. Pastikan makanan dihancurkan sebetul-betulnya, sebelum ditelan.
  7. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis, petai dan kacang soya. Hindari makanan ini (jika sejarah lampau menunjukkan anda sememangnya cenderung untuk mendapat gastrik).
  8. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan secara berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
  9. Pastikan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2/3 daripada jumlah kalori seharian (DCR) pada sebelah malam. Contohnya, jika DCR anda ialah 1500kcal, anda harus makan melebihi 1000kcal sehari (pada sebelah malam) tidak kira walau apa pun yang terjadi.
  10. Dapatkan nasihat doktor. Mudah bukan? Anda mungkin akan diberi pil berasaskan “Ranitidine hydrochloride” yang berfungsi menghalang penghasilan asid dalam perut, jika kes gastrik anda terlalu ketara dan parah.
 

 Shaklee juga ada set yang sesuai untuk anda ketika berpuasa. Nanti saya kongsikan ye. :D

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™