4 May 2014

Merancang Menu Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah

Assalammualaikum semua.. harini saya ada buat pembacaan berkaitan menu sihat untuk kanak-kanak sekolah.. ye lah.. persediaan untuk si kakak juga bila dah mula sekolah nanti.. mommy dia kena byk membaca.. ;)


masa makan ni lah masa utk anak2 berehat.. ape lg klu dpt mkn sama2 sekeluarga just after balik dr sekolah.. kan lebih bagus klu kita dpt sediakan makanan sendiri (home made) untuk anak2 kita.

Kenapa perancangan menu sihat utk anak2 kita tu penting?
  • Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.
  • Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.
  • Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
  • Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
  • Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.

Ni ada beberapa panduan utk sediakan menu sihat:
  • Anda perlu rancangan 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu
  • Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.
  • Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.
Perlu rujuk piramid makanan untuk khasiat lengkap


Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama
  • Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
  • Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih)
  • Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah)
  • Tambahkan satu sajian makanan daripada kumpulan ikan, ayam,daging atau telur serta kekacang seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resipi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek
  • Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
  • Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
  • Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Bagus klu kita dpt sediakan senarai semak untuk pastikan menu anak2 kita lengkap:
  • Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?
  • Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?
  • Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?
  • Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
  • Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap? Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.
  • Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

Haaa.. boleh follow tak?? erm.. kalau untuk ibu2 yg tidak bekerja mungkin mudah untuk lakukannya.. tp klu ibu bekerja mungkin agak sukar nak manage kan? hihii.. (alasan diri sendiri tu..) 

Apa kata kita bagi anak kita suplimen utk lengkapkan je terus keperluan nutrisi harian mereka.. lbh mudah.. 
klu utk set kanak2 ni.. shaklee ada produk terbaik.. Mealshake! Bleh baca info lanjut ye..


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia


Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™