5 May 2014

Masalah Sembelit (Constipation)

Assalammualaikum.. harini kita nak cerita2 pasal sembelit plak.. ramai org yg sy kenal yg mengalami masalah sembelit nih. 

Ape tu sembelit?
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.
 

Apa punca sembelit?
Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca drpd kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap seorang dewasa ialah sebanyak 2.5 liter air sehari. Kurang minum air bleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).
 
lagi satu, kurang memakan makanan pelawas mcm sayuran dan buah buahan juga menyumbang kpd berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

Bersukan juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.

Ada juga segolongan masyarakat yg menghidap masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome) yg menyebabkan berlakunya masalah sembelit dan cirit birit yang silih berganti dan masalah ini berlaku dalam tempoh yang panjang (penyakit kronik). Penyakit ni katanya berpunca daripada jangkitan usus oleh bakteria, menyebabkan usus menghadapi trauma, menyebabkan ia berada dalam keadaan sensitif selepas sembuh daripada jangkitan tersebut.

Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit. ;D

Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:
  • Luka pada lubang dubur.
  • Rektum runtuh
  • Terdapatnya kanser pada rektum
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
  • Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
  • Radang divertikulum

Perubahan metabolik badan juga boleh menyebabkan sembelit:
  • Paras kalsium tinggi dalam darah
  • Paras kalium rendah dalam darah
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) - menyebabkan muntah dan sembelit
  • Keracunan oleh plumbum.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka?

Untuk menyelesaikan masalah ini, pesakit perlu memastikan mereka mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari, bersukan, makan sayuran dan buahan. Pesakit juga perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit.

Ada juga ubat ubatan juga boleh didapatkan di farmasi dengan dan tanpa preskripsi dari doktor. Tp kena pastikan ubat itu tidak memberi kesan negatif pada diri kita plak ye.. Erm.. kalau nak lebih selamat boleh cuba set kesihatan shaklee.. dah tentu selamat dan dr bahan semulajadi..



Herblax shaklee mmg khas untuk bantu melegakan sembelit.. sebelum tidur ambil herblax untuk cuci usus..
InsyaAllah bangun pagi esok lawas.. 

Ostematrix shaklee juga boleh bantu untuk atasi masalah sembelit ni. Mcm mane tu? Sebab ostematrix ni bukan sekadar kalsium. kat dlm nya ada juga magnesium yg boleh melembutkan najis kita.. so nak membuang mudah la..




buang toksin ni sangat bagus untuk badan kita.. tapi yang paling penting seminggu skali kita kena detoks.. nak yang mudah boleh pilih herblax atau ostematrix ye.. ;)

macam mane klu masalah sembelit pd kanak2?? haaa.. bleh bagi Meal shakes.. mmg bantu elak sembelit.. bleh tgk kat sini ye.. Mealshakes


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™