29 April 2014

Kepentingan Kolagen Pada Tubuh

Assalammualaikum.. Raya dah nak dekat.. rata2 rakyat malaysia dah mula nak shopping baju untuk raya.. nak buat tempahan baju kena awal2 kan?? hii.. ada juga yg dah berangan utk bergaya sakan di hari raya nanti.. So, jom kita baca info tentang kolagen ini.. 

Kolagen adalah merupakan rangkaian molekul yang amat penting dalam tubuh manusia. 50% protein dalam badan seorang manusia adalah dalam bentuk kolagen. Kolagen membentuk tisu penghubung atau dipanggil 'connective tissue' dalam istilah sains. Terdapat berpuluh jenis kolagen dalam badan manusia. Namun terdapat 5 jenis kolagen yang amat penting dan ia dikategorikan sebagai kolagen I,II,III, IV dan V.

Gambar menunjukkan pembinaan kolagen
Kolagen I amat penting dalam pembinaan kulit, otot, dan tulang. Kolagen I digunakan untuk membentuk tisu ini dan kekurangan kolagen I boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, otot, dan tulang.

Kolagen II terdapat pada tulang rawan (cartilage). Tulang rawan yang terdapat pada sendi (join) amat memerlukan kolagen II untuk membolehkan pertumbuhan dan pembentukan tulang rawan yang sihat. Tulang rawan yang sihat pula amat penting untuk memastikan seseorang itu tidak mempunyai masalah berjalan dan berlari. Individu yang mempunyai masalah arthritis (osteoarthritis/osteoarthrosis) mempunyai masalah bergerak kerana tulang rawan mereka telah kehausan. Tulang rawan yang kehausan menyebabkan tulang bergeser dengan tulang yang lain pada sendi, menyebabkan kesakitan dan pergerakan tulang yang menghasilkan bunyi 'klik'. Biasanya masalah ini berlaku pada sendi yang besar seperti sendi lutut dan pinggul. Antara tanda tanda seorang mengalami osteoarthitis/arthrosis ialah sakit sewaktu berjalan dan berlari dan penghidap masalah ini biasanya terdiri daripada orang tua, orang yang kuat bersukan (menggunakan sendi) dan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Selain masalah osteoarthritis, penyakit rheumatoid arthritis juga boleh menyebabkan masalah pergerakan yang hampir serupa. Rheomatoid arthritis adalah penyakit sendi yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus sp. yang menyebabkan masalah serangan antibodi sendiri terhadap tisu badan. Dalam kes rheomatoid arthritis, antibodi ini menyerang tisu pada sendi dan menyebabkan tulang rawan dan tisu penghubung menjadi rosak dan menggerutu. Kesannya, seseorang itu boleh mengalami susah berjalan, pergerakan yang terhad, mempunyai masalah pernafasan, tangan yang membengkok keluar, jari yang bengkok, dan kaki yang tidak sekata.

Kolagen III pula adalah bahan penting dalam penghasilan tisu retikular. Tisu retikular adalah tisu yang sangat penting dalam membentuk organ hati, limpa dan limfa. Kolagen III juga merupakan bahan yang amat diperlukan dalam pembentukan 'granulation tissue' iaitu sejenis tisu yang amat penting dalam proses pemulihan luka. Kolagen III adalah bahan yang paling awal digunakan dalam proses pemulihan kulit yang terluka.

Kolagen IV adalah kolagen yang digunakan untuk membentuk 'basement membrane' atau 'basal lamina', sejenis lapisan yang terdapat dalam sel epitelium. Sel epitelium adalah sel asas yang membentuk kelenjar dan sistem pelindungan mekanikal dalam badan. Kelenjar adalah tisu yang menghasilkan rembesan cecair dalam badan seperti hormon tiroid, ACTH, PTH dan lain lain. Sistem pelindunga mekanikal termasuk kulit, pundi kencing dan lain lain. Sekiranya terdapat mutasi atau kekurangan dalam kolagen IV, maka banyak masalah boleh berlaku dalam sistem badan.

Kolagen V pula adalah kolagen yang amat penting untuk menhasilkan rambut yang sihat, permukaan sel dan uri bersalin (placenta).

Mutasi boleh berlaku terhadap DNA dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada gen yang berperanan membentuk kolagen. Kerosakan ini menyebabkan tisu kolagen menjadi rosak dan kesannya dapat dilihat dalam banyak penyakit. Antaranya ialah penyakit Ehler-Danlos, Osteogenesis Imperfecta, Osteoporosis, Alport syndrom dan lain lain. Dalam penghidap masalah Ehler-Danlos contohnya, orang tersebut menghadapi kulit yang terlalu melendut dan amat mudah untuk ditarik dan ia menyebabkan keanjalan yang luar biasa. Jari mereka boleh dilenturkan ke belakang sehingga tahap yang tidak mampu dibuat oleh orang biasa. Mereka mempunyai ciri ciri elastik yang melampau. Walaubagaimanapun, ia bukanlah tanpa risiko. Disebabkan ciri ciri elastik ini, mereka mempunyai risiko untuk mendapat kerosakan jantung. Jantung mereka menjadi mengembang dengan mudah menyebabkan jantung mereka mengalami kegagalan.

Antara saranan terhadap mereka yang mempunyai masalah dengan pembentukan kolagen ialah, mereka perlu mendapatkan kolagen tambahan dengan mengekalkan diet yang seimbang dan dengan menggunakan makanan tambahan. Punca penyakit dan jenisnya perlu disiasat di hospital untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan punca masalah pembentukan tisu penghubung tersebut.

Shaklee Collagen Powder (SCP) adalah yang terbaik untuk sumber kolagen anda
Info lanjut tentang SCP: klik sini

Kolagen membentuk 80% daripada tisu kulit. Terdapat 3 bahan penting yang terdapat dalam kulit kita.
  • Kolagen
  • Elastin
  • GAG (Glycos Amino Glycans)
Komponen ini amat penting untuk mempunyai kulit yang anjal dan cantik. Terdedah kepada cahaya matahari akan menyebabkan kulit cepat rosak dan penggunaan SPF (Sun Protective Factor) adalah amat penting untuk mengurangkan kesan yang tidak diingini ini. Pemilihan produk kecantikan yang diakui SPF yang betul dapat memastikan kulit yang benar benar terlindung daripada kerosakan oleh cahaya matahari. Selain itu pemakanan yang seimbang juga penting untuk membentuk kolagen baru yang telah rosak. Pemakanan seimbang boleh didapati dengan menyertakan saplemen makanan tambahan dalam diet seharian. Rawatan seperti stimulasi dengan Hyaluronic Acid juga boleh digunakan.


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™