27 April 2014

Batuk

Assalammualaikum.. entry kalini berkaitan dengan batuk.. Bagus la zaman sekarang ni kan.. semua di hujung jari je.. since anak2 sy tengah mengalami masalah batuk, so jom kita baca perkara berkaitan batuk.


Batuk merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara ditahan oleh glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang kemudiannya menghasilkan bunyi.

Pada kebiasaannya, batuk adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada salur pernafasan dan paru paru. Walaupun begitu, banyak sebab lain mengapa batuk boleh berlaku. Antaranya ialah tersedut makanan masuk ke kerongkong, merokok, asma, pedih ulu hati, radang bronchus (salur pernafasan) yang kronik, tumor paru paru, kegagalan jantung, dan ubat ubatan tertentu (termasuk ACEi)

Rawatan perlu dijalankan dengan cara mengurangkan punca batuk berlaku seperti berhenti merokok sekiranya batuk berpunca dari merokok. Sekiranya ACEi menyebabkan batuk, maka berhenti dari menggunakannya dan dapatkan ubat jantung yang lain.

Ubat batuk seperti Codein (sejenis opioid) dan dextromethorphan dapat melegakan batuk, namun menggunakan ubat batuk kadang kala tidak elok kerana mukus yang terkumpul dalam salur pernafasan tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan jangkitan semakin merebak.



Klasifikasi Jenis batuk:
  •  Akut: <3 minggu
  •  Sub-akut: 3 minggu - 2 bulan
  • Kronik: >2 bulan
Jenis batuk:
  • Batuk produktif (kahak)
  • Batuk tidak produktif (kering tanpa kahak)
Dalam kanak kanak, bunyi batuk yang berbeza mempunyai tanda penyakit yang mudah dikenalpasti. Dalam kanak kanak, apabila batuk berbunyi seperti anjing menyalak, maka kemungkinan budak tersebut mempunyai penyakit laryngotracheobronchitis (Croup). Sekiranya batuk berbunyi pendek kemungkinan dia mempunyai radang paru paru disebabkan oleh bateria Chlamydia. Batuk khas seperti batuk kokol (whooping cough) pula disebabkan oleh Bardotella Pertussis. Bunyinya dikatakan hampir sama dengan bunyi ayam betina yang terbatuk pendek (stacato) dan berterusan.

Dalam kanak kanak, batuk boleh jadi sesuatu yang biasa dan bukan dikira penyakit sekiranya mereka batuk tidak lebih daripada 10 kali sehari.

Punca yang paling paling paling utama yang menyebabkan batuk akut (batuk yang cepat pulih) ialah virus.

Manakala punca yang paling kerap menyebabkan batuk kronik (batuk yang berpanjangan) ialah asma, bronchitis (radang salur pernafasan dalam penghisap rokok), pedih ulu hati, dan radang salur pernafasan yang disebabkan oleh bakteria.

Jangkitan yang selalu menyebabkan batuk ialah demam selesema (common cold), pneumonia, pertusis/batuk kokol, atau batuk kering (TB). Batuk yang berpunca daripada demam selesema pada mulanya disebabkan oleh jangkitan virus seperti Rhinovirus dan Coronavirus. Peringkat awal batuk ini menghasilkan kahak dan batuk untuk membuang kahak adalah baik bagi menyembuhkan penyakit. Pada peringkat ini anda akan batuk sehingga batuk mengganggu tidur. Namun setelah virus dibasmi daripada salur pernafasan, terdapat sisa/baki radang dan iritasi yang masih berlaku pada salur pernafasan yang menyebabkan batuk berkekalan selama seminggu selepas demam tamat. Pada peringkat ini, batuk adalah tanpa kahak dan anda perlu berusaha untuk menahan batuk kerana batuk hanya akan menambah iritasi/radang pada salur pernafasan dan menyebabkan batuk menjadi jadi. Jika anda perasan, sewaktu peringkat ini berlangsung, anda akan bangun pada waktu pagi tanpa batuk sekitar puku 9-10 pagi, bilamana anda mula batuk buat pertama kali untuk pagi itu, anda telah menggalakkan diri anda untuk batuk lagi dan lagi. Atau gunakan ubat batuk seperti Codein atau Dextramethorphane dan steroid untuk melegakan simtom dan punca batuk.

Untuk individu yang mempunyai asma, batuk menjadi bertambah teruk dengan asma yang dialami. Asma merupakan alergi pada salur pernafasan. Mengurangkan gerak balas alergi pada salur pernafasan dapat mempercepatkan proses penyembuhan batuk. Ubat yang digunakan ialah Beta-2 agonist seperti Salbutamol atau Anti-muscarinic seperti Ipratropium.

Sekiranya seseorang itu mengalami batuk berpanjangan terutamanya ia tidak berkahak, maka ada kemungkinan dia mengalami asma. Terdapat asma yang istimewa yang hanya dimanifestasi oleh batuk tanpa ciri ciri asma yang lain. Lihat kepada keluarga pesakit tersebut jika ahli keluarganya ada mengalami asma. Sekiranya ada mengalaminya, maka dicadangkan mengambil steroid inhaler bagi mengurangkan punca penyakit.

Radang salur pernafasan kronik (Chronic bronchitis) adalah disebabkan oleh rokok.

Masalah pedih ulu hati juga menyebabkan batuk. Oleh sebab itu, pesakit perlu diberi anti-asid atau sekiranya tidak boleh dirawat sedemikian perlulah menjalani pembedahan. Pedih ulu hati boleh menyebabkan tisu salur pemakanan berubah bentuk dan mendorong kepada kanser sekiranya dibiarkan.

Pencemaran udara terutamanya pada hari berkabus dan panas, sangatlah menggalakkan gerak balas alergi berlaku dan menyebabkan batuk.

Ubat seperti ACEi yang digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan penyerapan garam dan air bagi membantu jantung yang lemah juga boleh menyebabkan batuk.

Jangan lupa, jika anak anda selalu batuk tanpa sebab, dia juga berkemungkinan untuk megalami batuk tabiat yang disebabkan dia biasa melakukannya. Kanak kanak ini batuk kerana tabiat dan merasa ketagih untuk batuk lagi. Oleh itu, suruh anak anda untuk tahan batuk dan elakkan dari batuk. Ini mungkin kerana sewaktu dia kecil, dia dikerumuni oleh orang orang yang selalu batuk lalu dia merasa terdorong untuk batuk bersama. Untuk orang dewasa, perkara ini jarang berlaku.

Sebab lain ialah:
  1. Tumor yang menghimpit salur pernafasan
  2. Sarcoidosis (gejala seperti TB/batuk kering, nodul menghimpit salur pernafasan)
  3. Batuk waktu malam adalah disebabkan oleh sakit jantung. Darah yang mengalir ke paru paru dari jantung adalah lebih banyak pada waktu malam sebab posisi berbaring menggalakkan perkara ini berlaku. Oleh sebab itu, pesakit jantung akan mengumpul sedikit air dalam paru paru mereka sewaktu tidur, menyebabkan batuk. 3-4 bantal diperlukan untuk menyelesaikan masalah batuk ini. Sekiranya tanda ini dikesan, pesakit ini perlu dibawa berjumpa dokor secepat mungkin.
  4. Pesakit Tourette sindrom juga cenderung kepada batuk.
Komplikasi batuk:
  1. Mata merah, subconjunctival hemorrhage
  2. Tekanan darah ke otak tinggi  tetapi aliran darah menyusut.
  3. Buang najis secara tidak sengaja
  4. Hernia (usus terkeluar dari perut) menjadi jadi
  5. Costochondritis



Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
 
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™