skip to main |
skip to sidebar
Masa itu emas.. Betulkah?? Atau masa itu tidak ternilai harganya.. Sering kali kita terburu-buru mengejar masa.. Rasa macam tak cukup je 24 jam yang Allah dah berikan kepada kita semua. Tapi setiap orang merasai masa yang 24 jam tu berbeza jangka masanya. Jika kita dapat mengurus masa dengan baik pasti kita dapat melakukan banyak kerja dan semua kerja dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya kongsikan beberapa tips pengurusan masa yang bijak untuk kita praktikkan bersama.
SELAGI ANDA TIDAK MENGURUSKAN MASA, SELAGI ITULAH ANDA TIDAK MENGURUSKAN APA-APA.
1. Berapa lama masa yang diperlukan
Kemahiran menilai masa dengan bijak dapat membantu kita menghitung masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas. Ini membolehkan akita menetapkan satu rentak yang bersesuaian dengan diri sendiri.
2. Wujudkan tempat kerja yang selesa
Pastikan meja atau tempat kerja kita selesa dan tidak mudah diganggu. (Jika lebih mudah fokus dengan alunan muzik pun tak salahnya) Untuk anda yang bekerja di rumah juga perlukan suasana kerja yang selesa.
3. Hasilkan senarai tugas
Senarai tersebut membolehkan kita memberi keutamaan kepada tugas yang lebih penting agar dapat menyelesaikannya secara sistematik dan secara langsung dapat mengatasi keadaan kerja yang bertimbun. Kita pasti akan rasa hebat apabila tugas menjadi selesai dan boleh dibuang daripada senarai.
4. Selesaikan tugas yang sukar terlebih dahulu
Tahukah anda, masa terbaik untuk mengatasi masalah-masalah yang paling rumit adalah pada waktu pagi. Masa inilah anda berasa lebih segar dan otak lebih cergas!
Awas: lama-kelamaan, sikap berlengah-lengah hanya akan menjejaskan keyakinan anda apabila mengendali perkara lain.
5. Jangan berjanji dengan sewenang-wenangnya
Jika kita sibuk, jangan terima tugas baharu, terutamanya apabila kita tidak mencukupi masa untuk menyiapkannya! Ia hanya akan memberi lebih tekanan kepada diri sendiri. Cubalah katakan: “Saya perlukan masa sehingga hari esok untuk menyiapkan laporan itu”. Cara penyelesaian ini lebih positif berbanding dengan menjeritkan ‘tidak’ ataupun lebih teruk bila kita terlepas tarikh penghantaran yang ditetapkan.
6. E-mel dan panggilan telefon, hentikan buat sementara
Luangkan sekurang-kurangnya satu jam untuk memberi perhatian sepenuh kepada tugas anda. Abaikan email dan panggilan dari sesiapa sahaja.
7. Kenal pasti gangguan-gangguan tertentu
Masa bersembang, menjamu kopi, menyemak e-mel... jangan lupa tetapkan masa-masa tertentu untuk melakukannya supaya tidak mengganggu konsentrasi kita. Memang biasanya benda yang menjadi punca masa kita terbatas adalah sebab kita tidak sedar kita telah banyak membazir masa pada perkara-perkara yang tak penting.
Tip: Minumlah air yang mencukupi – keadaan yang terhidrat membantu anda menumpukan perhatian. Ia juga menambah tenaga!
credit
THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™
Post a Comment