3 February 2014

Jom Kenali Apa itu Talasemia (Thalassaemia)

Assalammualaikum.. Lately saya selalu berjumpa dengan customers yg ada masalah talasemia.. Sebab tu saya pun buat la research berkaitan penyakit ini.. erm. mmg kita kena tahu apa masalah customers sebelum kita suggest apa2 suplemen pada mereka. InsyaAllah. semoag dengan perkongsian ini dapat membantu anda2 diluar sana yg ada masalah talasemia.

 http://kakngahsihat.files.wordpress.com/2013/12/3f79b-childthalaspage1.jpg

Talasemia (Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Manakala mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia
  • Talasemia minor: Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major: Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Talasemia
Biasanya pembawa Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
  • 50% kemungkinan adalah pembawa
  • 50% kemungkinan adalah normal
  •  Tiada anak yang menghidap Talasemia (talasemia major)
Pengidap Talasemia
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
  • 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
  • 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
  1. Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  2. Tubuh pucat, lemah, dan gelisah,
  3. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas,
  4. Jaundis,
  5. Tumbesaran terbantut,
  6. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa,
  7. Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal (tanda lewat),
  8. Kerap demam dan hidung berdarah.

Rawatan penyakit Talasemia
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia 
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja (Wallahua’lam..)

Persatuan Talasemia Malaysia 
Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.

So, kwn2.. jika anda ada masalah talasemia. jom kita usaha dengan dapatkan Set kesihatan Shaklee supaya anda akan sentiasa sihat.. insyaAllah.. nanti saya akan kongsikan set kesihatan yg sesuai utk anda yg mengalami talasemia.

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™