23 February 2014

Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2) Terjadi?


Assalammualaikum.. harini sy nak sambung tentang penyakit kencing manis.. 

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.


Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.


Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi. 


Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.


Apa itu Rintangan Insulin?

Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.




Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.


 


Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!


Adakah Itu Salah Gula/Glukosa?


TIDAK!!!


Kerap kita dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga. 


Kita orang Asia, kita perlu makan nasi untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan boleh melawan penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis yang sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah hilang sejak keadaan kencing manis dia menjadi ketara. Anda tentu akan terkejut dengan jawapannya! 


Antara kes ketara yang saya pernah dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan! Malangnya, kehilangan berat badan ini tidak menjadikan pesakit tersebut rasa lebih ringan dan bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan letih daripada sebelum ini.


Sila Makan Nasi!


Makan Nasi!!! Tapi perlu bahagikan waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya adalah, kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu bahagi 1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada 1/3 mangkuk nasi setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan lonjatan glukosa darah dan bagi masa untuk badan anda memproses sumber tenaga tersebut.


Anda dicadangkan supaya makan nasi 'Brown Rice' dan bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown Rice mempunyai gentian fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat kekenyangan itu tahan lebih lama. 


Dari segi lauk, anda perlu kurangkan memakan masakan yang berdaging dan berasa 'berat'. Tukar ala lauk anda kepada yang lebih 'ringan'. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Terdapat beberapa peringkat perkembangan pesakit kencing manis dan vitamin shaklee utk penyakit ini.  baca sini ye. 

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia


Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIF╬×LT™