3 January 2014

ANEMIA / KURANG DARAH


Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Mudahnya, anemia bermakna masalah kekurangan sel darah merah. Komponen darah boleh dibagi kepada 3, iaitu:
  1. Sel Darah Merah: Meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
  2. Sel Darah Putih: berfungsi sebagai sistem pertahanan untuk mencegah kemasukan bahan asing ke dalam badan.
  3. Platlet dan Plasma: berfungsi menghentikan pendarahan apabila luka.

 http://www.emedicalguild.com/wp-content/uploads/2013/03/Iron-deficiency-anemia.png


TANDA-TANDA ANEMIA:-

  • ~ kulit dan tapak tangan pucat
  • ~ jantung berdebar laju tanpa aktiviti berat
  • ~ cepat letih
  • ~ sesak nafas
  • ~ sakit dada
  • ~ kerap rasa pening
  • ~ badan terasa keringat dan kebas



Bagaimana untuk mengetahui anda mengalami masalah anemia ?
  • Boleh cuba jelirkan lidah dan lihat dan bandingkan warnanya dengan keluarga lain. Adakah lebih merah atau pucat ?
  • Boleh juga cuba perhatikan bagian bawah mata dan tangan, Adakah ia pucat ?

Jika anda mengalami sebahagian tanda di atas, anda mungkin mengalami masalah anemia.

BAGAIMANA ANEMIA BOLEH TERJADI?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
  • ~ Badan kurang menghasilkan sel darah merah
  • ~ Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar hilangnya sel darah terjadi lebih cepat daripada penghasilannya. 

Anemia sangat berbahaya dan mempengaruhi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Kepada ibu :
~ Risiko Keguguran
~ Bersalin Awal
~ Kematian janin dalam kandungan
~ Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :
~ Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
~ Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)
~ Lemas semasa lahir
~ Pertumbuhan bayi terlambat
Oleh sebab itu, para ibu-ibu diharap jangan meremehkan masalah anemia. Kasihan baby nanti....

CARA UNTUK MENCEGAH ANEMIA
Pada dasarnya, makanan harian seimbang dan cukup takaran sayur dan sumber protein. Ia penting kerana makanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh dari sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).
TAPI AWAS! Daging merah dan organ dalam juga tidak boleh diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan kolesterol tinggi, kerana ia mengandung banyak vitamin B12 yang dapat menyebabkan keracunan hati.


ATASI ANEMIA DENGAN SHAKLEE


** VITA-LEA IRON FORMULA
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sehat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke sel.

 

** ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Sebagai sumber protein untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.KESIMPULANAnemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat merasa letih. Makanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™