20 November 2014

Tanah Tinggi Yang Menarik Di Malaysia Untuk Bercuti

Minggu depan dah mul acuti sekolah.. Mesti ramai yang dah merancang untuk bercuti bersama keluarga. Erm.. kalau diberi pilihan saya lebih suka bercuti di tanah tinggi sebab cuaca yang lebih sejuk dan nyaman.. Takde lah nak rushing2 dan tidak berpeluh.. Sebenanrnya banyak Tanah tinggi yang menarik di Malaysia ni.. Sambil2 mencari destinasi percutian, sy kongsikan dengan kawan2 juga k..

1. Cameron Highland

Cameron Highland ni popular juga di gelar sebagai ”Little England” Malaysia. Ia adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas. Kita juga boleh menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor.

2. Bukit Tinggi
Ada tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park. Erm.. cantik-cantik bangunannya.. Rasa macam kat luar negara je.. :)

3. Bukit Fraser
Bukit fraser ada tawarkan aktiviti rekreasi seperti , Allan’s Water di mana pengunjung boleh mendayung bot merentasi tasik keruh, sementara Paddock pula menawarkan aktiviti menunggang kuda dan memanah. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.

4. Bukit Larut
Terletak di Taiping, Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Kalau kawan2 minat aktiviti lasak, boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam.

5. Bukit Bendera
Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown. Berketinggian 830 meter dan bersuhu lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya. Ia dikatakan lebih kurang 3 darjah lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.

6. Kundasang
Bestnya permandangan di sana.. Kundasang War Memorial adalah tarikan yang selalu disebut-sebut di sini. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan pasar sayur-sayuran yang dibuka dibuka tujuh hari seminggu.

7. Gunung Ledang
Bagi yang meminati aktiviti lasak, gunung ini sesuai untuk anda menjalani pelbagai aktiviti luar dengan laluan gunung yang mencabar, air terjun berais, dan flora dan fauna eksotik, termasuk pelbagai spesies burung. Puncak gunung ini beradapada 1,276 m di atas paras laut, pengunjung juga berpeuang melihat pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pantai Sumatera pada hari yang cerah. Juga, Air Terjun Sagil adalah tempat perkelahan yang popular di kaki gunung itu.

8. Gunung Kinabalu
Mempunyai ketinggian 13,435 kaki , Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara. Mendaki gunung ini juga adalah satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan latihan mental dan fizikal yang rapi.

9. Broga Hill/ Bukit Lalang
Broga Hill terletak di Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pengunjung lebih suka sama datang waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik Broga Hill.

10. Gunung Jerai
Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Kedudukan Gunung Jerai yang berhampiran dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang mempesonakan. Lebih menarik, dari puncak gunung, Kawan2 boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.

P/S: menarik bukann… jom..jom.. kita bercuti.. hehehe

********************************************

OFFER NOV 2014 - Omega Guard Masih berjalan.. Jangan lepaskan untuk dapat harga runtuh..


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.


SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
 


Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™