22 November 2014

Bahaya Penyakit Asma Kepada Kanak-Kanak

Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.

Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.

  Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
  •     Merah.
  •     Bengkak.
  •     Menghasilkan lendir berlebihan.
  •     Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas. Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.

Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:
  •     Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
  •     Merokok.
  •     Perubahan cuaca.
  •     Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
  •     Senaman.
  •     Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
  •     Makanan dan perasa tambahan makanan.
  •     Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
  •     Emosi.
  •     Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

Apakah gejala asma?

Gejala utama adalah:
  •     Batuk.
  •     Batuk di waktu malam (waktu tidur).
  •     Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
  •     Susah bernafas.

Apakah tanda-tanda asma?
  • Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.
  • Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.
  • Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.

Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
  • Nafas berbunyi (Audible wheeze).
  • Susah untuk menghembus nafas (breath out).
  • Nafas laju.
  • Denyutan jantung cepat.

 Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
  • Kelihatan gelisah.
  • Letih lesu.
  • Bimbang.
  • Kulit berpeluh dan sejuk.
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
  • Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).

Sasaran rawatan
  • Untuk menghilangkan dan mengawal gejala asma.
  • Mengelak serangan asma.
  • Mempunyai kualiti hidup yang baik.
  • Berupaya menyertai acara sukan.
  • Menghalang kemusnahan tisu paru-paru.
  • Mengelakkan kematian.

Apakah jenis rawatan asma?

Ubat asma terbahagi kepada 3 jenis:
  1. Ubat Pencegah : Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan. 
  2. Ubat Pelega : Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit.
  3. Ubat kawalan : Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma?
  •     Elakkan faktor pencetus asma.
  •     Gunakan ubat pencegah setiap hari mengikut arahan doktor.
  •     Gunakan ubat asma dengan cara yang betul.
  •     Kenali tanda serangan asma dan dapatkan rawatan awal.
  •     Ikut arahan pelan tindakan asma yang diberi oleh doktor.
  •     Rawatan susulan yang berkala sebagaimana arahan doktor.

Bolehkah asma disembuhkan?
Asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.

Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.
Apakah supplimen shaklee yang boleh bantu masalah asma?

Ada beberapa produk shaklee yang sangat bagus untuk mengawal penyakit asma daripada kerap menyerang. dan tak dinafikan lagi ada juga pesakit yang telah bebas dari asma sejak mengamalkan produk shaklee.. Diantara produk yang sesuai untuk asma adalah seperti Omega Guard, Vitamin C dan juga Nutriferon. Jom baca selanjutnya di sini. Asma


sumber: myhealth.gov 

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 

3 comments

7:18 pm, November 24, 2014  

sy pon ada asma..tp x teruk la..skang dh trkawal..alhamdulillah

7:19 pm, November 24, 2014  

senang ckp asma = satu tindak balas tubuh trhadap sesuatu allergen = allergic..sbb 2 xde ubat utk menyembuhkan..juz utk meredakan sementara waktu

10:16 pm, December 22, 2014  

Tidak ada istilah sembuh untuk penderita Asma, adanya hanya dicegah agar Asthma tidak menyerang lagi.

Post a Comment

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™