9 February 2015

9 Ciri-Ciri Makanan Tambahan Protein yang Unggul

Assalammualaikum.. tahukah anda.. protien memainkan peranan penting dalam tubuh kita? Namun, banyak sumber makanan berprotein sekarang sudah mengalami penyahaslian (denaturasi). Ini menyebabkan makanan protein yang lengkap menjadi kurang lengkap kerana berlakunya proses seperti berikut:
  1. Pamanasan atau pempasteuran
  2. Tekanan permukaan seperti penghomogenan susu
  3. Tambahan bahan kimia seperti asid, bes atau garam
  4. Pembekuan
  5. Proses dehidrat
  6. Penyimpanan
  7. Pengangkutan

"Berbilion sel yang membentuk dalam tubuh badan kita memerlukan protein untuk menjalankan fungsi masing-masing"-BRUCE MILLER


Tambahanlagi, ramai yang mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral, tetapi seramai mana yang menyedari bahawa makanan-makanan tambahan ini memerlukan protein yang berkualiti dan mencukupi untuk menjamin keberkesanannya.


Apa itu RDA?

RDA ialah “Recommended Daily Allowance” iaitu amount setiap nutrient yang terkandung dalam diet harian seseorang.
Menurut kajian RDA, 9 golongan yang memerlukan protein lebih dari kadar biasa iaitu :-
  • Kehamilan
  • Penyusuan
  • Kerja berat
  • Tekanan Persekitaran
  • Tekanan fisiologikal
  • Infeksi 
  • Trauma
  • Surgery
  • Penyakit Kronik


9 Ciri-ciri makanan tambahan protein yang unggul:

  1. Kesemua 9 jenis asid amino wujud serentak dengan nisbah yang betul
  2. Telah diuji
  3. Tidak mengandungi hormon, antibiotik atau bahan kimia yang berbahaya
  4. Tidak mengandungi tambahan pewarna, perisa atau pengawet tiruan
  5. Tidak mengandungi kolestrol walaupun sedikit
  6. Aras lemak yang sangat rendah
  7. Penyediaan yang mudah dan tidak perlu dimasak
  8. Nilai kalori yang yang terendah
  9. Ramuan utama daripada kacang soya yang terpilih

Dengan memulakan hari dengan segelas protein dalam diet harian boleh memberi ganjaran kesihatan dan kecergasan pada diri. Protein yang lengkap merupakan makanan tambahan yang terbaik untuk mengekalkan berat badan unggul. Jom dapatkan protien terbaik untuk tubuh anda.. Badan yang sihat bermula dari makanan yang berzat dan berkhasiat. 
Nak tahu lebih lanjut tentang ESp shaklee?  klik sini ye.. ESP
Hubungi saya untuk keterangan lanjut ya..

8 February 2015

6 sebab kenapa Dr Bruce Miller menyokong supplemen jenama Shaklee

Harini saya nak kongsikan fakta yang diberikan oleh Dr. Miller. Beliau adalah seorang pakar nutrisi yang di iktiraf di Amerika syarikat. Nak tahu lebih lajut tentang beliau boleh klik sini ye. Dr. Miller.

Terdapat 6 sebab kenapa Dr Bruce Miller menyokong supplemen jenama Shaklee 

  1. Produk Shaklee sentiasa berharmoni dengan alam Semulajadi.
  2. Produk-produk yang di cipta menggunakan sumber alam SEMULAJADI dan disempurnakan oleh SAINS.
  3. Produk-produk larut dalam masa yang mencukupi untuk tujuan penyerapan.
  4. Kecemerlangan Perbadanan Shaklee diiktiraf secara global.
  5. Penyerapan produk yang lebih baik terbukti menerusi kajian klinikal
  6. Kajian Shaklee telah di terima untuk penerbitan didalam Jurnal Saintifik yang terpilih.

Haa.. 6 sebab ini dah cukup untuk membuktikan yang produk shaklee sangat bagus dan diiktifar di seluruh dunia. Jom amalkan produk yang unggul ini.. Kita jaga kesihatan.. InsyaAllah sihat dan bahagia selalu..

5 February 2015

10 Sebab Kalsium Penting untuk Ibu Hamil

Assalammualaikum.. Mommies semua tahu tak betapa pentingnya kalsium untuk tubuh kita? Apa lagi jika kita sedakan mengandung.. Bahaya jika kita kurang kalsium.. Banyak risiko yang mommies akan hadapi bila kekurangan kalsium.. Jom saya kongsikan sebab2 kalsium penting untuk ibu hamil.
Ostematrix bagus untuk ibu hamil
Ostematrix bagus untuk ibu hamil

10 sebab kalsium penting untuk ibu hamil

  1. Untuk kekuatan tulang sebab nak menanggung berat bayi secara fizikal
  2. Untuk pembekuan darah
  3. Menstabilkan transmisi impuls saraf
  4. Merehatkan otot sewaktu berlaku kontraksi
  5. Mengelakkan kekejangan ketika proses bersalin
  6. Kalsium yang sedia ada ibu akan diserap bayi semasa ia membesar teritama dalam pembentukkan tulang
  7. Kegagalan mengantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu hilang gigi ketika usia muda
  8. Walaupun menyusukan anak, ibu perlu teruskan kalsium.. bukan berhenti dari ambil kalsium..bagi mengekalkan kadar kalsium dalam badan
  9. Merehatkan otot yang mengecut semula ketika haid
  10. Ibu hamil berisiko hadapi osteoporosis jika gagal ambil kalsium
Haa.. 10 sebab je pun dah cukup untuk bertindak bagi mengelakkan masalah kekurangan kalsium.. 
Shaklee ada ostematrix (kalsium) yang sangat hebat. Amalkan setiap malam sebelum tidur.. Dengan izin Allah.. pasti esok pagi bangun rasa cergas.. 


Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

Berminat untuk jadi ahli shaklee?? 
Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini: Jadi Ahli Shaklee


4 February 2015

KENAPA PENTING GALAK ANAK MINUM AIR?

Tahukah anda air sangat penting untuk tubuh badan kita?

Kepentingan air

Badan manusia terdiri daripada 60 hingga 70 peratus air. Air penting untuk pelbagai fungsi dalam tubuh seperti pengangkutan kepada nutrien dan oksigen ke sel badan, mengawal suhu badan, melancarkan sistem penghadaman dan sebagainya.

Kepentingan air tidak ternilai kerana ia menjadi kunci kehidupan dan membangunkan tahap kesihatan seseorang.

Keperluan air untuk orang dewasa dan kanak-kanak berbeza. Jika orang dewasa memerlukan sehingga lapan gelas atau dua liter air, kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun pula memerlukan empat cawan atau satu liter cecair sehari.

Sukatan itu juga meningkat apabila kanak-kanak memasuki usia antara empat hingga lapan tahun, iaitu sebanyak lima cawan atau 1.2 liter air untuk tubuh.

Penting Kanak-kanak Minum Air Masak
Penting Kanak-kanak Minum Air Masak
Pakar Pemakanan dari Institut Jantung Negara, Chong Mei Kee, berkata kanak-kanak bergerak lebih aktif menjadikan mereka sentiasa memerlukan banyak air, jika tidak cukup tubuh mereka boleh lemah dan dehidrasi.

"Kanak-kanak yang kurang minum air boleh dilihat pada bibir dan kulitnya menjadi kering. Mereka juga kurang kencing dan jika kencing pula, ia menghasilkan bau yang kuat.

"Kurang minum air juga menyebabkan kanak-kanak sembelit, rasa letih, sakit kepala dan kurang air mata ketika menangis. Dehidrasi yang serius mungkin akan membawa maut," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Galak anak minum

Justeru, kanak-kanak wajar digalakkan minum banyak air kosong sejak awal usia supaya mereka suka minum air apabila dewasa.

Tidak kira apa saja jenis minuman sama ada susu, jus buah-buahan, minuman teh, kopi dan sebagainya, ia tetap baik untuk kesihatan, selain mengamalkan makan buah-buahan.

Ibu bapa perlu menggalakkan anak meminum air selepas setiap hidangan. Ketika makan, biarkan mereka menghabiskan makanan dulu sebelum menyediakan dan memberikan mereka minuman.

Kanak-kanak ketika dalam proses pembesaran begitu aktif. Jadi, galakkan kanak-kanak minum air sebelum dan selepas bersenam. Ketika bersenam, galakkan minum air setiap 30 minit akibat peluh yang keluar," katanya.

Minum lebih air

Cuaca panas, lama terdedah kepada penyaman udara juga boleh menyebabkan kehilangan air dari badan, sekali gus memberi kesan dehidrasi.

Biasakan diri dengan bekalan air dalam botol Bisphenol A (BPA) yang bebas kesan samping boleh menjejaskan kesihatan.

bekalkan air botol untuk anak ke sekolah
Bekalkan air botol untuk anak ke sekolah

Cara Galak anak minum air

  • Sediakan botol air khas yang menarik untuk kanak-kanak yang mudah dibawa ketika berjalan atau aktiviti luar.
  • Galakkan anak minum air sebelum dan selepas bermain atau bersenam.
  • Galakkan minum air setiap 30 minit ketika bersenam.
  • Sediakan minuman untuk setiap hidangan anak
  • Minum lebih air ketika cuaca panas bagi mengelak dehidrasi.
  • Minum air walaupun berada dalam kawasan berhawa dingin supaya kulit tidak mudah kering.
Credit

1 February 2015

BAGAIMANA MEAL SHAKES MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

Anak anda ada masalah sembelit tak? 


Sebagai ibubapa, sudah pasti kita tidak sanggup melihat anak menangis akibat SEMBELIT. Saya masih ingat lagi masa anak saya (Amani) umur 2 tahun. Dia memang selalu hadapi masalah sembelit. Sampai dia takut nak buang air besar sebab dia tahu mesti sakit dan ada banyak darah. Masa tu saya masih belum kenal shaklee.. 

Setelah saya kenal shaklee, saya terus mencuba Meal Shakes untuk anak saya. Alhamdulillah.. Amani dah boleh membuang dengan mudah.. Baru je amalkan seminggu masa tu. Kagum.. Syukur sangat.. 

Selepas tu saya terus konsisten berikan Meal Shakes pada Amani.. Sampai sekarang dia dah tak pernah sembelit lagi.. Sekarang saya dah berikan juga Meal Shakes pada si adik (Ammar). Sebolehnya saya tak nak Ammar alami macam apa yang kakak dia alami dulu. Alhamdulillah, Ammar dah 2 tahun dan dia tak pernah lagi kena sembelit. Syukur sangat2..
 
Anak-anak Mealshakes
Anak-Anak Meal Shakes


Kepada mommies di luar sana, jom cuba berikan MEAL SHAKE untuk merawat sembelit anak. Ini kerana  Meal Shakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.

Mealshake Shaklee juga diperkaya dengan 24 jenis vitamin A-Z juga kaya dengan serat untuk membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan dari kolon dan perut. 

Rasanya yang sangat lazat dan memang digemari kanak-kanak. Macam anak-anak saya, saya akan bancuh sekali sehari campur dengan susu atau minuman kegemaran mereka. Bila cukup bekalan mineral dan vitamin untuk anak, maka anak akan sentiasa sihat dengan izin Allah.. 

Mealshakes atasi masalah sembelit
Mealshakes atasi masalah sembelit

Macam mana Meal Shakes membantu masalah sembelit?

Kandungan serat di dalam meal shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencucui' usus dan perut anak kita. 

SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan.

Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi segumpal najis, SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (tidak lagi SEMBELIT).

Disinilah pentingnya anak kita MINUM BANYAK AIR. 

Akhirnya, SERAT di dalam meal shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.

Simple kan? Shaklee tak buat produk ajaib.. Tapi memang cukup bagus untuk kita semua amalkan.

Jika anda ingin mencuba untuk anak tersayang, anda boleh terus hubungi saya ya. InsyaAllah.. saya akan bantu sebaik mungkin. 

Beli Mealshakes

Jika anda dah biasa dengan shopping online, anda boleh je terus order dengan klik gambar di atas ni. Selepas order, anda layak untuk mendapat konsultasi percuma daripada saya.




 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™