24 March 2015

3 Cara Mudah untuk Menjimat Kalori

Berikut adalah cara yang akan membantu anda menyahkan kalori


1. Elak kalori daripada minuman: ini sahaja dapat menjimatkan 200-300 kalori atau lebih setiap hari.

2. Ambil nasi putih sahaja. Elaklah nasi goreng, nasi lemak dan lain-lain.

3. Tambah pengambilan protein: Protein lebih mengenyangkan daripada karbohidrat.


pilihlah protien yang terbaik!! jom ketahui 9 Ciri-Ciri Makanan Tambahan Protein yang Unggul

Sudah semestinya ESP adalah protien terbaik pilihan ramai..

Nak info lanjut tentang ESP? klik sini ye.. Segalanya tentang ESP

ESP
Kombinasi protien terbaik dengan vitamin pilihan 



11 March 2015

Variasi Resepi Bancuh ESP

Assalam semua.. jom cuba resepi yang best nih.. simple je tapi cukup menaikkan selera kita semua.. ;D

ESP + plain water (suam/sejuk)

ESP + Fresh Milk

ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)

ESP + susu tepung (any brand)

ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee

ESP + Nesvita 3in1

ESP + jus twister tropicana

ESP + Yogurt drink

ESP + Ribena

ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)

ESP + Milo/Horlicks

ESP + sirap bandung

ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

ESP SHAKLEE
minuman harian sekeluarga

Menu kami sekeluarga: 
  • ESP Untuk Mommy
  • Performance Drink untuk Daddy
  • Mealshakes untuk Amani  Ammar

Haaa.. Ada banyak resepi yang simple kita boleh buat dengan ESP.. Saya suka ambil ESP bersama oat dan Milo.. buat suam.. memang terbaikkk.. 

Nak tahu tentang ESP?? Klik sini ye: Segalanya Tentang ESP


Sayang ESP ketat2..


5 March 2015

5 Langkah Membancuh Susu yang Betul

Pasti setiap ibu bapa ingin memberi yang terbaik buat si manja. Memancuh susu tepung terus dengan air panas boleh mematikan nutrien-nutrien dalam susu tepung. Jom ikuti langkah-langkah di bawah ini. Pastikan tangan anda dicuci terlebih dahulu dan set botol susu sudah dibersihkan.

Tips Membancuh Susu yang Betul

5 langkah membancuh susu yang betul ialah: 

1. Tuangkan air masak yang sudah disejukkan terlebih dahulu.

2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit hingga dapat suhu air suam.

* Cadangan: 5 bahagian air masak & 2 bahagian air panas
Contohnya: 5oz air masak & 2oz air panas

3. Letakkan susu formula mengikut sukatan yang diperlukan.

4. Goncang hingga sebati.

5. Rasa dahulu tahap kepanasan susu itu sebelum diberikan kepada si manja.

Cadangan: Tambah  sudu Meal Shakes untuk nutrisi lengkap harian anak kita..

Tips Membancuh Susu yang Betul
Campurkan Mealshakes dalam susu anak anda


Berikan yang terbaik buat si manja supaya mereka dapat membesar dengan sihat.

28 February 2015

6 Sebab Kenapa Dr Bruce Miller Menyokong Supplemen Jenama Shaklee

6 sebab kenapa Dr Bruce Miller menyokong supplemen jenama Shaklee



1. Produk Shaklee sentiasa berharmoni dengan alam Semulajadi.

2. Produk yang di cipta mengguna sumber alam SEMULAJADI dan disempurnakan oleh SAINS.

3. Produk dihancurkan Dalam masa yang mencukupi untuk tujuan penyerapan.

4. Kecermelangan Perbadanan Shaklee diiktiraf secara global.

5. Penyerapan yang terbukti.

6. Kajian Shaklee telah di terima untuk penerbitan didalam Jurnal Saintifik yang terpilih.


25 February 2015

Apa itu Autisme? Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka.

Apa itu Autisme?

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.


Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.


Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Jom Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka

  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme? 

Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.

Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.

Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan?


{ Firman Allah S.W.T  : " Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI " }

Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.

Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.

Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.

Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.




 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™