28 February 2015

6 Sebab Kenapa Dr Bruce Miller Menyokong Supplemen Jenama Shaklee

6 sebab kenapa Dr Bruce Miller menyokong supplemen jenama Shaklee



1. Produk Shaklee sentiasa berharmoni dengan alam Semulajadi.

2. Produk yang di cipta mengguna sumber alam SEMULAJADI dan disempurnakan oleh SAINS.

3. Produk dihancurkan Dalam masa yang mencukupi untuk tujuan penyerapan.

4. Kecermelangan Perbadanan Shaklee diiktiraf secara global.

5. Penyerapan yang terbukti.

6. Kajian Shaklee telah di terima untuk penerbitan didalam Jurnal Saintifik yang terpilih.


25 February 2015

Apa itu Autisme? Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka.

Apa itu Autisme?

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.


Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.


Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Jom Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka

  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme? 

Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.

Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.

Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan?


{ Firman Allah S.W.T  : " Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI " }

Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.

Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.

Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.

Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.




23 February 2015

Alhamdulillah..

Harini happy happy happy.. Alhamdulillah.. 

14 February 2015

SET DIABETES / KENCING MANIS SHAKLEE


Apakah itu Diabetes?
Kencing manis ataupun diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan yang melebihi daripada paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.

Bagaimana diabetes boleh terjadi?
Makanan yang kita makan setiap hari akan ditukarkan kepada bentuk glukosa iaitu untuk menghasilkan tenaga. Dan insulin bertindak sebagai hormon yang menukarkan glukosa kepada bentuk tenaga dalam badan kita. Pankreas merembeskan insulin bagi membantu sel badan untuk menyerap glukosa.

Diabetes terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
JENIS
PENERANGAN
Diabetes Type 1
Terjadi disebabkan oleh organ pankreas tidak mampu hasilkan insulin dengan cukup. Ini menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal kadar gula dalam badan.
Diabetes Type 2
Terjadi adalah disebabkan badan menghasilkan insulin tidak mencukupi ataupun disebabkan sel tidak dapat bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.
Diabetes Gestasi
Terjadi pada wanita yang sedang hamil

Antara tanda-tanda seseorang mengidap diabetes:
  • Kerap buang kencing
  • Kerap berasa haus
  • Sentiasa lapar
  • Pandangan mata kabur
  • Cepat letih
  • Luka lambat sembuh
  •  Kekejangan di mata ataupun di kaki

 Kesan dan komplikasi disebabkan oleh diabetes:
  • Saraf dan salur darah rosak
  • Buta
  • Serangan strok
  • Buah pinggang gagal berfungsi
  • Luka lambat sembuh
  • Kaki kena potong
  • Mati pucuk
 
bacaan gula dalam darah - diabetes
Bacaan gula dalam darah

Shaklee boleh membantu untuk mencegah diabetes iaitu dengan cadangan pengambilan:

1. Vivix - bertindak dengan mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein adalah gula dan protein berlebihan yang mana menyebabkan atherosclerotic dan sel mati.
** Sangat disarankan untuk permulaan ambil Vivix bagi pesakit kencing manis kerana untuk normalkan kembali semua hormon dan signal dalam badan kita. Vivix bertindak untuk detok keseluruhan badan kerana badan pesakit sudah imun (sudah sebati) dengan pelbagai ubat-ubatan yang lain. Jika tanpa detok terlebih dahulu, kemudian ambil vitamin yang lain, besar kemungkinan memang tidak nampak kesannya. Selepas semua normal, anda boleh pertimbangkan samada untuk ambil vitamin yang lain seperti dibawah.
 
2. ESP - bertindak dengan membantu penghasilan hormon insulin. Selain itu, ESP bertindak sebagai non-GMO dan berindex glisemik rendah.
 
3. GLA - mengandungi asid omega 6 yang mana mengurangkan keradangan dan membantu mengurangkan sakit saraf yang dialami pesakit diabetes.

4. Vitamin C - Membantu sistem imun badan, mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol, bantu mengurangkan penghasilan katarak,  retinopati dan neuropati.
 
5. Vitalea - mengandungi chromium iaitu penting untuk pesakit diabetes Type 2 yang mana kekurangan chromium menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.
 
6. Alfalfa - terkandung mineral yang tinggi dapat membantu untuk menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan.
 
7. Zink - luka yang lambat sembuh disebabkan diabetes boleh diatasi dengan zink kerana mempercepatkan penyembuhan.


Anda boleh hubungi saya untuk sebarang cadangan yang bersesuaian dengan keadaan dan tahap keseriusan diabetes anda.

9 February 2015

9 Ciri-Ciri Makanan Tambahan Protein yang Unggul

Assalammualaikum.. tahukah anda.. protien memainkan peranan penting dalam tubuh kita? Namun, banyak sumber makanan berprotein sekarang sudah mengalami penyahaslian (denaturasi). Ini menyebabkan makanan protein yang lengkap menjadi kurang lengkap kerana berlakunya proses seperti berikut:
  1. Pamanasan atau pempasteuran
  2. Tekanan permukaan seperti penghomogenan susu
  3. Tambahan bahan kimia seperti asid, bes atau garam
  4. Pembekuan
  5. Proses dehidrat
  6. Penyimpanan
  7. Pengangkutan

"Berbilion sel yang membentuk dalam tubuh badan kita memerlukan protein untuk menjalankan fungsi masing-masing"-BRUCE MILLER


Tambahanlagi, ramai yang mengambil makanan tambahan vitamin dan mineral, tetapi seramai mana yang menyedari bahawa makanan-makanan tambahan ini memerlukan protein yang berkualiti dan mencukupi untuk menjamin keberkesanannya.


Apa itu RDA?

RDA ialah “Recommended Daily Allowance” iaitu amount setiap nutrient yang terkandung dalam diet harian seseorang.
Menurut kajian RDA, 9 golongan yang memerlukan protein lebih dari kadar biasa iaitu :-
  • Kehamilan
  • Penyusuan
  • Kerja berat
  • Tekanan Persekitaran
  • Tekanan fisiologikal
  • Infeksi 
  • Trauma
  • Surgery
  • Penyakit Kronik


9 Ciri-ciri makanan tambahan protein yang unggul:

  1. Kesemua 9 jenis asid amino wujud serentak dengan nisbah yang betul
  2. Telah diuji
  3. Tidak mengandungi hormon, antibiotik atau bahan kimia yang berbahaya
  4. Tidak mengandungi tambahan pewarna, perisa atau pengawet tiruan
  5. Tidak mengandungi kolestrol walaupun sedikit
  6. Aras lemak yang sangat rendah
  7. Penyediaan yang mudah dan tidak perlu dimasak
  8. Nilai kalori yang yang terendah
  9. Ramuan utama daripada kacang soya yang terpilih

Dengan memulakan hari dengan segelas protein dalam diet harian boleh memberi ganjaran kesihatan dan kecergasan pada diri. Protein yang lengkap merupakan makanan tambahan yang terbaik untuk mengekalkan berat badan unggul. Jom dapatkan protien terbaik untuk tubuh anda.. Badan yang sihat bermula dari makanan yang berzat dan berkhasiat. 
Nak tahu lebih lanjut tentang ESp shaklee?  klik sini ye.. ESP
Hubungi saya untuk keterangan lanjut ya..

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™