Cuaca panas dan sejuk yang tidak menetu akhir2 ini menyebabkan hidung anak saya kerap berdarah. Bila nak tidur malam terasa panas, saya pasangkan pula air-cond. Hidung dia akan berdarah samada tgh malam atau bangun pagi. Itu memaksa saya mencari sebab kena hidung dia kerap berdarah. Akhirnya saya dpt jawapannya.. semoga menjadi panduan pada kita semua ye....
Hidung berdarah dalam bahasa saintifik juga dipanggil 'Epistaxis'. Selalunya kanak2lah yg selalu dpt penyakit hidung berdarah ni tapi kalau terlalu kerap boleh jadi penyebab kepada penyakit berbahaya. Jadi sila lah berjumpa doktor jika terlalu kerap mendapat hidung berdarah ye..
Bagaimana ianya terjadi
Ianya terjadi apabila lapisan mukus dalam hidung itu kering, berkerak & menggelupas, jika dikorek selalunya akan berdarah.
Hidung juga terletak di tengah2 muka & tulangnya agak lembut jadi sebarang kecederaan boleh menyebabkan hidung mudah berdarah.
Mereka yg berisiko
Selain dari kanak2, hidung berdarah ni juga sering dikaitkan dengan mereka yg mengambil ubat pencair darah seperti 'Aspirin' & juga sering terjadi kepada mereka yang sudah berusia. Jika anda mengambil ubat pencair darah, ada darah tinggi & masalah pencairan darah yg abnormal, pendarahan mungkin sukar utk dihentikan & kadang kala mengambil masa sehingga 20 minit.
Penyebab hidung berdarah
Ada beberapa faktor yg menyebabkan pendarahan, antaranya ;
- menghembus hidung atau hingus terlalu kuat
- mengorek hidung terutamanya ketika membrane sudah menggelupas @ bengkak
- hentakan yg kuat pada hidung
- bengkak pada saluran hidung yang ada kaitan dgn resdung
- tulang hidung yg tidak selari & tidak terletak di tengah2 hidung
- perubahan cuaca. Cuaca yg kering menyebabkan lapisan mukus dalam hidung kering & menggelupas
- lagi tinggi dari paras laut maka lagi kurang oksigen & udara semakin nipis & kering
- mempunyai alergic dalam saluran hidung
- pegambilan beberapa jenis ubat secara berlebihan seperti 'Aspirin' & 'Ibuprofen'
- penggunaan dadah terlarang seperti kokain
- penyakit hati yg mengganggu pembekuan darah selalu menyababkan hidung berdarah
Apa yang perlu anda lakukan
Anda boleh rasa seperti darah di belakang tekak anda jadi duduk dengan segera & JANGAN TELAN kerana jika tertelan dgn banyak anda boleh muntah & rasa pening. Tekan bahagian hidung yg lembut dengan kuat & bernafaslah dgn mulut. Bongkok ke depan supaya darah tidak mengalir ke dalam tekak & tunggu sehingga 5 - 20 minit. Jika masih juga berdarah sila lah berjumpa doktor.
Petua orang tua pula gulungkan sehelai sirih & sumbatkan dalam hidung. Darah akan berhenti dengan sendirinya. Tp zaman hari ini agak sukar untuk mendapat sirih di kawansan bandar jadi saya suruh anak alirkan air pada batang hidung utk mengecutkan saluran darah & mempercepatkan pendarahan.
Gambar hiasan dari Google.com |
Apa pun penyakit kita kena bertindak awal & dengan zaman it sekarang ni senang nak google dalam internet utk cari maklumat tentang penyakit. Walaubagaimana pun kena percaya pada naluri & tidak bergantung sepenuhnya pada maklumat yg kita dapat. Kalau dah kerap sangat hidung berdarah & tak kira masa eloklah bawa anak berjumpa doktor ye. Better late than never :-)
Post a Comment