Penyakit buasir merupakan penyakit yang
biasa dialami tetapi jarang dibincangkan. Anggaran 50% penduduk dunia yang
mengalami masalah ini dan 40% menderita sepanjang hayat mereka. Wowww!! Jumlah
yang agak besar bagi saya.
Mari kita kenali buasir ini...
Buasir atau nama saintifiknya 'hemoroid' merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian dubur (anus) dan bahagian akhir usus besar (penghujung rektum).
Mari kita kenali buasir ini...
Buasir atau nama saintifiknya 'hemoroid' merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian dubur (anus) dan bahagian akhir usus besar (penghujung rektum).
Jenis-jenis Buasir
Buasir Dalaman
Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit
dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak
merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air
besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan
berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang
berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas. Jika keadaan ini
berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin
datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita
dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.
Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan
terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian
dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau
memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan
sepenuhnya.
Buasir ini akan berulang
kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding
dengan yang dahulunya.
Punca-punca buasir:
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
Note: Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk mendapat buasir jika anda :-
Mempunyai ahli keluarga yang ada
buasir mengandung, mengalamai batuk yang melampau dan berpanjangan, meneran
semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat
buasir.
Tanda-tanda dan Gejala Buasir
- Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekita bahagian dubur.
- Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
- Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
Peringkat Buasir
Buasir ini ade 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan.
Buasir ini ade 4 peringkat, jika anda ada tanda-tanda seperti berikut, dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk elak berlarutan.
- Peringkat 1 ( Tahap 1) - Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
- Peringkat 2 ( Tahap 2) - Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur
- Peringkat 3 ( Tahap 3 ) - Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit.
- Peringkat 4 ( Tahap 4 ) - Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan
Langkah Pencegahan Buasir
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan tahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena.
- Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
- Banyakkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5-2 liter sehari
- Makan makanan seimbang : banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan ( makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsang usus (kopi atau teh)
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur) berjumpalah dengan doktor.
- Jika langkah-langlah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat perit.
Testimoni:
Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS
EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang
berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar
kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke
alamat anda di seluruh Malaysia.
SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
Post a Comment