26 December 2013

Vitamin Shaklee Untuk Buasir

Buasir biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir.  Jom saya kongsikan apa itu BUASIR. 

APA ITU BUASIR?
Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.

Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.


Siapa yang selalu kena BUASIR ni?
  • Sesiapa yang melakukan pemaksaan yang terlalu kuat (bahasa mudah-meneran) ketika membuang air besar
  • Sesiapa yang duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang . 
  • Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara.
  • Sesiapa yang berkait rapat dengan kegemukan atau obesiti
  • Wanita mengandung - Ini kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir
  • Wanita selepas melahirkan bayi - Wanita dalam pantang mungkin juga terdedah dengan BUASIR kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang.
Terdapat juga kemungkinan bagi seseorang itu mewarisi genetik masalah buasir daripada ibubapa. Kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah buasir akan bertambah seiring dengan penambahan usia. Otot-otot yang menyokong saluran darah sekitar dubur akan menjadi semakin lemah apabila seseorang itu menjadi tua.


 
BAGAIMANA MERAWAT BUASIR?


Untuk merawat buasir, anda digalakkan mengambil vitamin Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, OmegaGuard dan Zinc Complex.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC64IuygZBh7YqEOhHo59M70HUJZPViTqJMxe3i7mlC3BUUjpoRUfd_9leEgcY2xP5owG-qczki1ueNgZd8KAatJZUikgLdCyiaBoN3IRHkRJMugNmycVq-od3t6aSqfgj5aJIqldso5M/s1600/vitamin+shaklee+untuk+buasir.png

Fungsi setiap suplemen Shaklee ini adalah:
  1. OSTEMATRIX - Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  2. OMEGA GUARD - Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OmegaGuard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  3. ZINC COMPLEX - Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY 

FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

19 December 2013

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

Mesti ramai ibu2 yang runsing bila anak bawah 2 tahun ada masalah kesihatan kan?? Mcm2 petua yang akan dicuba demi anak tersayang.. so, kat sini saya kongsikan tips yg mungkin boleh bantu masalah anak anda.


Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

  1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
  2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.
  3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.
  4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-tumbuhan sahaja)
  5. Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui  najis.
  6. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan Omega Guard




 Petua Selsema dan Batuk Bayi

  1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin
  2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
  3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
  4. Sediakan sup ayam
  5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk
  6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi
  7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
  8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

Apabila Bayi Demam

  1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
  2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
  3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga

Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia.

SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 

THE FIRST WEALTH IS HEALTH by JIAKREATIFΞLT™