Assalammualaikum.. harini sy nak sambung tentang penyakit kencing manis..
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan
Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing
Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa
yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.
Kencing Manis
Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang
dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi
untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan
pada bayi atau budak yang muda.
Kencing Manis
Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya
berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik
terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah
golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an
sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.
Berlainan
daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak
tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang
mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah
disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
Apa itu
Rintangan Insulin?
Rintangan
Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor
pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang
membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
Rajah di atas
menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas
kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan
mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih
banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke
dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos
dalam bentuk lemak.
Rintangan
Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini
menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin
tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak
dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran
darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya
menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!
Adakah Itu Salah
Gula/Glukosa?
TIDAK!!!
Kerap kita
dengar pesakit kencing manis mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan
makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka
sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga.
Kita orang Asia,
kita perlu makan nasi untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan
boleh melawan penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis
yang sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah hilang
sejak keadaan kencing manis dia menjadi ketara. Anda tentu akan terkejut dengan
jawapannya!
Antara kes
ketara yang saya pernah dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan!
Malangnya, kehilangan berat badan ini tidak menjadikan pesakit tersebut rasa
lebih ringan dan bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan
letih daripada sebelum ini.
Sila Makan Nasi!
Makan Nasi!!!
Tapi perlu bahagikan waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya
adalah, kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda
sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu bahagi
1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada 1/3 mangkuk nasi
setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan lonjatan glukosa darah dan
bagi masa untuk badan anda memproses sumber tenaga tersebut.
Anda dicadangkan
supaya makan nasi 'Brown Rice' dan bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown
Rice mempunyai gentian fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh
memperlahankan penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat
kekenyangan itu tahan lebih lama.
Dari segi lauk,
anda perlu kurangkan memakan masakan yang berdaging dan berasa 'berat'. Tukar
ala lauk anda kepada yang lebih 'ringan'. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran
dan buah-buahan.
Terdapat beberapa peringkat perkembangan pesakit kencing manis dan vitamin shaklee utk penyakit ini. baca sini ye.
Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS
EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang
berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar
kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke
alamat anda di seluruh Malaysia.
SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
Post a Comment