Pernahkah anda mengambil sesuatu produk
dan tindakbalasnya adalah tidak seperti yang diharapkan oleh anda? Jangan gusar
atau khuatir berkemungkinan besar itu adalah proses ‘healing crisis’ atau
krisis penyembuhan.
Ramai yang masih tidak tahu tentang
healing crisis. Sesuatu produk atau supplement yang terbaik untuk anda adalah
yang memberikan tindakbalas kepada tubuh apabila diambil.
Apakah
itu healing crisis? Atau dalam Bahasa Melayu Krisis Penyembuhan?
Ia berlaku apabila kita mengambil
vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat
kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang
itu berasa ‘tak sedap badan’ dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang
atau sakit kepala yang teruk.
Ini adalah tindakbalas biasa bila badan
kita nak mengeluarkan toksin.
Kenapa ia tidak berlaku bila kita makan
ubat (makan ubat, terus sembuh), atau vitamin sintetik? Nah, analoginya seperti
di bawah..
Bayangkan kereta kita mengalami masalah
calar atau kemek, dan kita perlu mengecat kembali tempat yang calar itu.
Pengambilan ubat seumpama kita sapu cat terus ke atas tempat calar tu. Kereta
kita tak nampak calar, tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma ‘tampal’ cat ke
atasnya.
Berbeza dengan pengambilan suplemen, ia umpama
kita kikis keluar cat yang rosak tu, dan mengecatnya kembali. Semasa proses
mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok. Lepas tu bila dicat
baru, kereta kita cantik kembali.
Begitulah tubuh kita apabila
bertindakbalas dengan vitamin semulajadi. Untuk ‘mencantikkan’ sel dan sistem
tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu… seperti kereta yang nampak
buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana
antara lain mungkin merasa:
- Pening
- Mual
- Badan panas
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit pinggang
- Mengantuk
- Muntah-muntah
- Berpinar-pinar
- Ulser
- Rasa tak larat
- Emosi terganggu
Dan sebagainya..
Jangan risau kerana ini petanda yang
sangat baik.
Cara untuk mengurangkan simptom healing
crisis:
- Minum air yang banyak — air masak/air kosong
- Cuba untuk berehat dan bertenang
- Bersabar
- Berdoa agar dipermudahkan
Insya-Allah, healing crisis tidak
berpanjangan.. setelah semua toksin dikeluarkan dari sel-sel tubuh kita, ia
akan mula ‘memperbaiki’nya. Hasilnya tubuh kita akan terasa lebih sihat,
bertenaga, ceria dan cantik!
Jom dapatkan produk Shaklee daripada saya. Konsultasi PERCUMA & TIPS
EXCLUSIVE untuk anda. COD area SEREMBAN, SENAWANG, KUALA PILAH dan yang
berdekatan. Boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar
kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Saya akan pos ke
alamat anda di seluruh Malaysia.
SALIZA RAMLY (ID 956714)
FB: Sally za
FanPage:Adorable Life Zone
No Tel: 012-2979869
Email: sallyramly@gmail.com
COD area: Seremban, Senawang, Kuala Pilah
POS ke seluruh Malaysia
Post a Comment