Adab-adab Taklim di Rumah:
- Mesyuarat suami/isteri dan keluarga supaya semua ambil fikir tentang penting dan mulianya majlis ini (utamakan fikir orang yang lebih tua).
- Tetapkan masa, sebaik-baiknya masa bila semua ahli keluarga dapat berkumpul.
- Istiqamah tempat yang sesuai.
- Bawa adab-adab majlis dengan sempurna, duduk rapat-rapat, tutup aurat dll.
- Baca kitab Fadhail Amal.
- Masa taklim istiqomah 30 minit dan azam 2 kali atau 1 kali dalam sebulan lakukan taklim penuh seperti taklim kita keluar ke jalan Allah SWT.
Tujuan Majlis Taklim
- Tujuan kita mengadakan majlis taklim ini ialah semata-mata untuk mengingati dan mendapat keredhaan Allah SWT.
- Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, dimana melalui sunnah yang mana kita mesti amalkan bukan sekadar belajar atau mendengar sahaja tetapi untuk mengamalkan dalam kehidupan kita seharian. Di zaman fasha dan mungkar ini satu sunnah yang dapat kita hidupkan, Allah SWT akan kurniakan ganjaran 100 pahala syahid.
- Apabila diadakan majlis taklim ini, maka datanglah keghairahan atau semangat untuk beramal.
- Untuk menghubungkan ilmu kita yang sedikit dengan ilmu Allah SWT yang sangat luas.
- Supaya kita dapat korbankan sedikit masa kita untuk menghayati agama Allah SWT.
- Supaya kita dapat wujudkan fikir dan kerisauan tentang agama seperti mana suami-suami kita. Dengan ini suami isteri akan ada risau fikir yang sama dan sehaluan.
- Untuk mengetahui segala perintah-perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW dan juga tentang hari akhirat.
- Untuk menghubungkan ilmu dan amal.
- Untuk masukkan Nur Hadith dan Al-Quran dalam hati kita.
Ya Allah Ya Rahman , istiqamahkanlah diriku & anak-anakku dalam menghidupkan majlis taklim di rumah kami. Kurniakanlah kepada kami rahmah, taufik & hidayahMu. Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan yang Kau redhai. Lembutkanlah hati-hati kami agar mudah untuk kami laksanakan perintahMu. Amiin.